AWE 2019 perkenal tema baharu: Jatuh cinta dengan AI – Kehidupan Pintar

AWE 2019 memperkenalkan tema baharunya: Jatuh cinta dengan AI – Kehidupan Pintar, bersiap sedia membawa produk yang lebih inovatif, penyelesaian, elemen rentas sempadan dan nama-nama global yang besar kepada platformnya serta bersedia menafsirkan semula konsep terasnya, iaitu Kediaman Masa Depan dengan mewujudkan pelan tindakan bagaimana AI memperkasa kehidupan kita dalam era baharu.

Dengan bergantung pada industri pembuatan perkakas rumah China yang terkenal di dunia dan pembangunan pasaran pengguna yang kukuh, AWE diiktiraf sebagai antara tiga teratas bagi acara perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna yang terkenal di dunia dengan ruang pameran berkeluasan 135,000 meter persegi dan 290,000 pengunjung. AWE 2019, dianjurkan oleh Persatuan Perkakas Elektrik Isi Rumah China, bakal diadakan mulai 14 hingga 17 Mac 2019 di Shanghai, China.

AI sudahpun menjadi topik hangat dalam AWE tahun lalu, Forum Inovasi Cip AI Global, dianjurkan di AWE buat julung kalinya, padat dengan para hadirin, menandakan keghairahan industri ke arah era AI akan datang. Perusahaan perkakas rumah bersiap siaga memecah sempadan dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang dilengkapi AI.

Haier memperkenalkan penyelesaian kediaman pintar dilengkapi AI, yang pertama dalam industri, mewujudkan platform inovasi kediaman pintar terbuka dan mencipta ekosistem yang bersifat terbuka bersama rakan kongsinya, seraya menjadi contoh untuk industri berkenaan.

Midea memperkenalkan strategi baharunya yang dikenali sebagai ‘era baharu interaksi manusia-mesin’ tahun lalu, meluaskan portfolionya daripada HVAC dan perkakas rumah untuk merangkumkan pembuatan pintar, logistik pintar dan peruncitan pintar. Di kawasan pameran Hi-Link Huawei, kami mendapat pelanggannya mencakupi hampir separuh daripada industri perkakas rumah termasuk Midea, Haier, Skyworth, Changhong, Vanward, Robam, Airmate, Fotile, Chigo, Ecovacs, Little Swan, Joyoung dan Galanz.

Di AWE 2019, iFLYTEK, Speakin akan menjadi sebahagian daripada Taman Teknologi AWE, bersedia membawa lebih keterujaan kepada acara ini. Dengan Baidu, Alibaba dan Tencentyang turut terlibat dalam pembangunan platform dan ekosistem awan terbuka, kami percaya lebih banyak jenama akan berupaya berhubung melalui platform, yang dapat memberi manfaat kepada pembuat dan pengguna perkakas rumah.

Industri perkakas rumah China bakal menuju industri yang pintar, berkualiti tinggi dan tersuai melalui penaiktarafan industri. AI menjadi tulang belakang kehidupan pintar masa depan selain menjadi faktor di sebalik minat orang ramai terhadap kehidupan pintar. – PR NEWSWIRE

AWE2019 perkenal tema baharu.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.