AXA, Fi Life lancar pelan insurans perubatan dalam talian pertama di Malaysia

AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) berkolaborasi dengan platform insurans hayat dalam talian pertama di Malaysia, Fi Life untuk menawarkan insurans perubatan secara dalam talian yang lengkap dengan kad e-perubatan.

AXA berkata, insurans perubatan dalam talian pertama di Malaysia itu menyediakan had tahunan bagi tuntutan perubatan sebanyak RM100,000 sehingga RM2.1 juta melalui produk SmartCare Optimum dan SmartCare Optimum Plus.

โ€œHad tahunan yang tinggi ini dapat ditawarkan kerana Fi Life menggabungkan proses penaja jaminan perubatan lengkap AXA dalam sistem aplikasi dalam taliannya.

โ€œPelanggan hanya perlu menjawab soalan dalam talian mengenai sejarah perubatan mereka untuk mendapatkan insurans perubatan dan kad e-perubatan dengan segera,โ€ katanya dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu lagi, pelanggan yang mempunyai masalah perubatan tertentu tidak akan ditolak secara automatik seperti yang dipraktikkan insurans perubatan dalam talian yang lain.

โ€œPelanggan akan diminta untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah perubatan mereka dan diberi peluang untuk memuat naik laporan perubatan atau doktor mereka untuk melihat jika mereka masih boleh mendapatkan insurans perubatan.

โ€œDalam situasi ini, kes mereka akan dipertimbangkan oleh penaja jamin AXA secara individu. Sekiranya semua dokumen yang dimuat naik lengkap, penaja jamin AXA akan dapat membuat keputusan dalam masa lima hari,โ€ jelasnya.

-NIAGATIMES

Fi-Life-AXA.png

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.