AXA tambah baik pelan perlindungan perniagaan buat PKS

AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) komited membantu perniagaan-perniagaan berdaya maju yang terjejas oleh wabak Covid-19 dengan melancarkan ‘Business Advantage Plus Enhanced’ (BAPE) sebagai perlindungan dan sokongan kewangan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) secara berterusan.

Ketua Pegawai Eksekutif AXA, Emmanuel Nivet berkata, inisiatif terbaharu itu merupakan sokongan buat PKS untuk memacu perniagaan mereka dalam mengharungi persekitaran perniagaan yang telah berubah sepenuhnya.

“Kami percaya bahawa kami perlu melakukan sesuatu untuk membantu PKS bangkit daripada krisis yang tidak diduga ini.

“Pelan perlindungan perniagaan semua-dalam-satu kami yang kos efektif ini dapat disesuaikan berdasarkan keperluan dalam persekitaran perniagaan semasa.

“Perniagaan yang berada pada tahap yang berbeza dapat membeli pelan berdasarkan keperluan dan peruntukan mereka, dan yang penting dapat bertahan dalam sebarang keadaan yang tidak diingini,” katanya.

BAPE ialah pelan perlindungan perniagaan pertama dalam pasaran yang menawarkan Elaun Kesulitan dengan dua manfaat pembayaran, selain daripada tuntutan kerosakan akibat kebakaran atau peril yang diinsuranskan untuk menyokong pemulihan perniagaan dengan cepat.

Ia ditawarkan dalam empat pelan mudah yang boleh dipilih, serta memberikan manfaat eksklusif untuk makanan dan minuman, hotel bajet dan pusat pembelajaran.

Untuk memberi bantuan tambahan kepada PKS, AXA juga telah memperkenalkan manfaat sanitasi khas sehingga RM2,000 sekiranya ada pekerja perniagaan didiagnosis dengan Covid-19.

-NIAGATIMES

BAPE.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.