Ayam Brand memperkenalkan dua varian sardin baharu iaitu Sardin Goreng Dalam Kicap Manis Pedas dan Sardin Dalam Sos Tomato Cili, yang diinspirasikan daripada cita rasa tempatan serta kepelbagaian cara rakyat Malaysia menikmati hidangan berasaskan sardin.
Kedua-dua produk itu menawarkan pilihan hidangan yang lebih praktikal kerana boleh dinikmati terus dari tin, bersama nasi atau roti, selain dijadikan bahan asas untuk pelbagai resipi keluarga.
Sardin Goreng Dalam Kicap Manis Pedas menggabungkan sardin goreng dengan rasa kicap manis bercili, manakala Sardin Dalam Sos Tomato Cili menampilkan gabungan sos tomato dan kepedasan cili.
Menurut Ayam Brand, pengenalan dua varian berkenaan turut mengambil kira kreativiti pengguna tempatan yang selama ini mengolah sardin kepada pelbagai jenis hidangan mengikut cita rasa keluarga masing-masing.
Pengarah Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling berkata, sardin mempunyai kedudukan tersendiri dalam budaya makanan rakyat Malaysia dan setiap keluarga mempunyai cara tersendiri untuk menikmatinya.
“Perisa baharu kami diinspirasikan oleh kreativiti tersebut dan kami mahu meraikannya dengan memberi rakyat Malaysia peluang lebih luas untuk mencipta hidangan yang sesuai dengan selera dan tradisi masing-masing,” katanya.
Selain menitikberatkan aspek rasa dan kemudahan penyediaan, kedua-dua produk baharu itu tidak mengandungi bahan pengawet tambahan serta membekalkan Omega-3 dan tinggi protein secara semula jadi.
Ia juga boleh digunakan bagi menyediakan hidangan segera termasuk sebagai pelengkap kepada mi atau bubur nasi, sekali gus sesuai untuk keluarga yang memerlukan pilihan makanan mudah dan praktikal.
Sempena pelancaran berkenaan, Ayam Brand turut menganjurkan peraduan peringkat kebangsaan dengan jumlah hadiah sehingga RM150,000, yang berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober 2026.
Penyertaan memerlukan pengguna membeli produk Ayam Brand bernilai sekurang-kurangnya RM20 dalam satu resit, mengimbas kod QR pada poster peraduan dan memuat naik resit berkenaan.
Hadiah utama yang ditawarkan ialah sebuah Proton e.MAS 5, selain hadiah wang tunai, penggoreng udara (air fryer) dan kredit e-Wallet.
Kedua-dua varian baharu itu kini boleh didapati di pasar raya utama di seluruh negara.
-NIAGATIMES



















































