Azam Motor terus berdaya saing melalui Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan

Syarikat Azam Motor milik sepasang suami isteri yang ditubuhkan pada tahun 1990 dan seratus peratus pemilikan bumiputera merupakan bengkel pembaikan kenderaan ‘One Stop Center’ yang terus cemerlang berdaya saing menerajui perusahaan automotif.

Beroperasi di Banting, Selangor sebagai ibu pejabat kini mempunyai tiga cawangan iaitu di Salak Tinggi Sepang, Bangi dan Sungai Petani setelah mereka berjaya mengruskan secara holistik melalui pendekatan Rangkakerja Kecemerlangan Perniagaan (MBEF).

MBEF adalah pendekatan holistik yang dibantu oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kepada organisasi yang bermaksud untuk meningkatkan prestasi mereka ke tahap seterusnya; memperkukuhkan penglibatan dan mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pihak berkepentingan serta lebih berdaya saing di pasaran yang kompetitif.

Pengarah Kecemerlangan Organisasi MPC, Zulaifah Omar memaklumkan, Azam Motor telah didedahkan dengan pendekatan MBEF melalui Program Groom Big anjuran pihaknya sejak tahun 2016.

“Matlamat program Groom Big ini adalah untuk meningkatkan kualiti produk atau perkhidmatan yang dikendalikan oleh syarikat perusahaan kecil dan sederhana tempatan agar mereka berupaya untuk berdaya saing di peringkat global,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Azam Motor, Mastinah Mohd Sani berkata, organisasi cemerlang harus mempunyai tujuh ciri utama.

“Mereka perlu mempunyai matlamat dan hala tuju jelas, sistem komunikasi berkesan, jelas, telus dan proaktif, membudayakan memberi dan menerima maklum balas, menerima dan menghormati perbezaan dalam kalangan pekerja, semangat berpasukan tinggi, mementingkan keterlibatan dan kesetiaan pekerja dan mengutamakan kerjaya serta pembangunan kemahiran pekerja.

“Kriteria tersebut yang dipelajari dari MBEF digunakan untuk meningkatkan produktiviti syarikat dan seterusnya memacukan prestasi syarikat ke tahap yang ada sekarang,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Mastinah turut menyeru syarikat di luar sana untuk menggunakan MBEF untuk menilai kekuatan dan peluang penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh syarikat.

-NIAGATIMES

Azam-Motor.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.