Babydash, perniagaan barangan bayi digital bersepadu Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia akan mengumpulkan dana tambahan melalui pitchIN, platform pendanaan ekuiti ramai (ECF) terkemuka di Malaysia untuk mengumpulkan jumlah sasaran sebanyak USD242,000 (RM1 juta).
Menyasarkan pelabur runcit dalam panggilan terakhir dalam peringkat ‘pra-live’ ini, Babydash berusaha untuk menyasarkan pulangan yang sangat baik untuk semua pemegang sahamnya dengan mencapai setiap satu matlamatnya.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Babydash, Lavinie Thiruchelvam berkata, pendapatan bisnes mereka berjaya meningkat tiga kali ganda dengan kadar pertumbuhan purata 46 peratus dari tahun ke tahun sejak usaha ECF pertama pada 2017.
“Selama beberapa bulan terakhir, kami telah mengembangkan teknologi baru kami termasuk merombak semula laman web kami dan meningkatkan kemampuan analisis data kami.
“Suntikan modal dari kempen ini akan membolehkan kami mendorong Babydash ke fasa seterusnya, mengukuhkan kedudukan kami di Malaysia dan pada masa sama, mengembangkan pasaran Singapura kami di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Pusingan ECF kedua berperanan sebagai penyambung dan peluang terakhir bagi pelabur runcit yang lebih kecil untuk turut serta dan menjadi sebahagian dari Babydash kerana pusingan ECF masa depan hanya akan ditujukan kepada pelabur institusi sahaja.
Dengan pelaburan hanya RM1,200 per blok, para pelabur runcit dan sederhana sudah boleh menjadi sebahagian daripada syarikat Babydash yang sedang berkembang pesat.
-NIAGATIMES