Bank Islam perkenal WinBiz, martabatkan PKS wanita

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) baru-baru ini memperkenalkan penyelesaikan kewangan baharu yang dikhususkan bagi usahawan wanita di bawah segmen perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang dikenali sebagai program ‘Women in Business’ (WinBiz).

Program WinBiz menawarkan kemudahan perbankan yang komprehensif bagi memenuhi keperluan modal kerja dan perbelanjaan modal perniagaan-perniagaan berstatus Sendirian Berhad yang dimiliki dan diterajui oleh wanita.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Muazzam Mohamed berkata, pengenalan kepada WinBiz adalah sebahagian daripada penawaran produk-produk dan perkhidmatan yang canggih dan relevan dengan kehendak semasa dan bersesuaian dengan keperluan masa hadapan.

“Kami amat berbangga kerana diberi peluang untuk memperkenalkan program WinBiz di pasaran. Malah, ia merupakan satu komitmen permulaan dengan penambahbaikan akan diambil secara berperingkat dari semasa ke semasa dalam memperluaskan lagi kelayakan dan penawaran produk berkaitan,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Bank Islam, Datuk Zamani Abdul Ghani.

Sebagai permulaan, WinBiz menyediakan kemudahan Pembiayaan Perniagaan Berjangka-I dengan had pembiayaan sehingga RM1 juta, Kad Kredit-i Visa Infinite Business, Perbankan Internet Korporat, Terminal Penyelesaian Pembayaran, Akaun Pelaburan AL-Awfar SME dan Akaun Semasa iGain SME bermula Oktober nanti.

WinBiz.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.