Bank Islam teruskan kerjasama dengan AIM bantu usahawan mikro

Program Amal Musa’adah yang dikelolakan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) akan terus dilaksanakan bagi memperkasakan golongan usahawan mikro yang kurang berkemampuan.

Ketua Pegawai Operasi Bank Islam, Mohamed Iran Moriff Mohd Shariff berkata, program bantuan perniagaan yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua institusi itu sejak 2017 akan diperluaskan ke seluruh negara dengan fokus bantuan lebih diutamakan kepada golongan usahawan ibu tunggal dan asnaf.

“Kita akan teruskan bantuan ini ke negeri-negeri yang lain bagi membantu golongan usahawan wanita ini untuk mengembangkan perniagaan masing-masing kerana bantuan yang diberikan adalah hasil dana zakat Bank Islam.

“Mereka dipilih melalui satu proses temu duga berdasarkan Had Kifayah yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Wilayah Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Perniagaan Program Amal Musa’adah Zon Selatan di Hotel Katerina Batu Pahat, baru-baru ini.

Menurut Iran Morriff, bantuan perniagaan tersebut telah disalurkan kepada usahawan wanita di beberapa negeri setakat ini dengan sejumlah 36 orang menerima bantuan sebanyak RM92,000 di Terengganu, 56 orang dengan jumlah RM70,000 di Kedah serta 49 orang berjumlah RM96,397 di Johor Utara.

Bank Islam & AIM

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.