Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan moratorium kepada usahawan mikro dan informal yang mendapat pembiayaan daripada agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) berikutan bencana banjir yang melanda negara yang mengakibatkan banyak perniagaan usahawan terkesan, kata Menterinya, Tan Sri Noh Omar.
Menurut beliau, permulaan moratorium akan diberikan kepada golongan usahawan mikro dan informal yang melibatkan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
โTEKUN Nasional memberi moratorium kepada peminjam yang terkesan dengan banjir selama enam bulan dan memperuntukkan sejumlah RM30 juta untuk pembiayaan usahawan mikro dan informal yang terkesan dengan banjir.
โMarotorium ini akan memberi manafaat kepada kira-kira 4,000 usahawan TEKUN dan bermula serta-merta,โ katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Tambah Noh, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) turut memberi moratorium secara automatik kepada Sahabat AIM bermula 20 Disember 2021 sehingga 31 Januari 2022 melalui Moratorium Bersasar dengan penangguhan bayaran balik.
โSahabat AIM yang terkesan boleh membuat permohonan untuk menangguh bayar balik pinjaman sebanyak empat kali dengan maksimum tempoh penangguhan selama setahun dan membuat penjadualan balik pinjaman sehingga tiga tahun.
โSelain itu, Sahabat AIM yang terlibat dengan banjir juga akan menerima bantuan Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) sebanyak RM300. Ini termasuklah projek yang terlibat banjir.
โSekiranya terlibat dalam kedua-duanya, mereka layak menerima bantuan sebanyak RM600,โ ujarnya.
Noh menjelaskan, bantuan daripada AIM ini akan memberi manafaat kepada 9,200 orang Sahabat AIM.
โIni adalah utk membantu kumpulan Keluarga Malaysia yang terjejas banjir.
โSemoga sedikit demi sedikit bantuan-bantuan ini dapat menjadi permulaan untuk menstabilkan semula aturan perniagaan dan kehidupan,โ katanya.
-NIAGATIMES