Bantuan pembiayaan bersasar SME Bank bantu pulihkan perniagaan PKS

Usaha merancakkan kembali perniagaan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik Covid-19 berterusan apabila inisiatif SME Bank menawarkan bantuan pembiayaan bersasar melalui SME Relief Program (SRP) telah memanfaatkan seramai 3,084 orang pelanggan bank tersebut dengan nilai pembiayaan berjumlah RM4.41 bilion pada tahun lepas.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, inisiatif yang dilaksanakan oleh SME Bank tersebut diyakini akan dapat membantu usahawan PKS untuk bangkit dengan segera dan meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.

“Melihat kepada keadaan semasa yang masih mencabar, SME Bank telah mengambil keputusan memperkenalkan SRP 2.0 di mana kemudahan bantuan pembiayaan bersasar ini akan dilanjutkan selama enam bulan bermula dari bulan April hingga September 2021,” katanya sewaktu mengadakan program lawatan kerja ke Melaka, baru-baru ini.

Sementara itu, Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, selain daripada SRP, pihaknya juga terlibat secara langsung dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh kerajaan.

“Melalui PRIHATIN, SME Bank telah meluluskan pembiayaan berjumlah lebih RM630 juta kepada 1,065 orang usahawan.

“Manakala melalui PENJANA pula, SME Bank telah meluluskan pembiayaan berjumlah lebih RM6.0 juta kepada 32 orang usahawan dan yang terkini melalui Targeted Relief and Recovery Facility (TRRF) dan High Tech Facility-National Investment Aspirations (HTF-NIA), pembiayaan berjumlah lebih RM97 juta kepada 263 orang usahawan telah diluluskan.

“Kami juga turut memberikan pengecualian dan diskaun bayaran sewa selama enam bulan kepada 251 buah syarikat usahawan PKS yang melibatkan 373 lot di Kompleks Premis Usahawan SME Bank yang terletak di 26 buah lokasi seluruh Malaysia,” ujarnya.

-NIAGATIMES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.