Smart Panda Bus DeepBlue Technology, sebuah bas memandu Kecerdasan Buatan (AI), membuat kemunculan sulung di ‘Sidang Kemuncak Pembangunan Masa Depan Kecerdasan Buatan Generasi Baharu’ di Shanghai baru-baru ini dengan sasaran untuk mentakrifkan semula pengangkutan awam.
Smart Panda Bus ialah kenderaan autonomi pelbagai fungsi AI yang menggabungkan lapan teknologi teras yang berlainan daripada DeepBlue Technology, bekerja sama untuk menyelesaikan pelbagai titik masalah buat penumpang di seluruh dunia.
Smart Panda Bus memanfaatkan teknologi AI terkini dalam satu produk. Beberapa ciri ialah: Pemanduan Automatik, Pengecaman Urat Jari, Interaksi Suara, Tolak Pengiklanan Persis, Robot Pemantauan Kenderaan, Sistem Pintar Jualan Tanpa Manusia, Sistem Pemantauan Kelakuan Tidak Normal dan Sistem Pengendalian Pelolosan Kecemasan Pintar yang tidak pernah dilaksanakan dalam pengangkutan komuter awam sehingga kini.
Di Smart Panda Bus, penumpang boleh mengambil bas dan pergi membeli-belah dengan meleret tangan melalui sistem pengenalan biometrik yang tepat, manakala robot dalam bas memantau dan merekodkan sebarang tingkah laku yang mencurigakan dalam masa nyata, membuat siaran yang tepat pada masanya untuk amaran awal dan mengaktifkan sistem kecemasan menyelamatkan diri pintar.
Ia menyerlahkan langkah penting ke arah pembangunan bandar-bandar pintar masa depan, sesuatu yang dibincangkan dalam perhimpunan elit industri, syarikat, bahkan pegawai bandaraya AI dan tetamu luar negara dari negara-negara Jalur dan Laluan (B&R). – PR NEWSWIRE