Bayaran balik TMPSKM ditangguh hingga 31 Ogos

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menawarkan kemudahan penangguhan bayaran balik (Moratorium KPP 3.0) Pembiayaan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM) dalam usaha membantu meringankan beban kewangan koperasi yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menteri MEDAC, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pelaksanaan kemudahan moratorium PKP 3.0 di bawah pembiayaan TMPSKM diteruskan dengan menawarkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman untuk tempoh tiga bulan bermula 1 Jun hingga 31 Ogos 2021.

โ€œKemudahan moratorium PKP 3.0 ini ditawarkan kepada semua koperasi yang mempunyai akaun pembiayaan di bawah TMPSKM.

โ€œWalau bagaimanapun, koperasi yang mempunyai akaun pembiayaan bagi aktiviti kredit, kelulusan moratorium PKP 3.0 tertakluk kepada koperasi yang menawarkan kemudahan moratorium kepada anggota-anggota koperasi.

โ€œMEDAC berharap kemudahan moratorium PKP 3.0 bagi pembiayaan TMPSKM ini dapat membantu kelangsungan aktiviti perniagaan gerakan koperasi dan menyediakan kemudahan tunai tambahan untuk operasi koperasi,โ€ katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Koperasi-koperasi yang terjejas akibat pandemik Covid-19 hanya akan membuat bayaran balik pinjaman mulai 1 September 2021.

Sebanyak 1,056 koperasi seluruh negara akan menerima manfaat daripada pelaksanaan Moratorium KPP 3.0 TMPSKM ini. Sehingga 30 April 2021, jumlah akaun pembiayaan TMPSKM adalah sebanyak 1,734 dengan kelulusan pembiayaan keseluruhan bernilai RM1.66 bilion.

-NIAGATIMES

Wan-Junaidi-Kredit-foto-MEDAC.JPG

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.