Bengkel Rancangan Perniagaan

0
67

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bakal mengadakan Bengkel Rancangan Perniagaan Sesi Mac 2020 yang akan dilangsungkan pada 19 dan 26 Mac ini di Kuala Lumpur dan Kedah.

Bengkel tersebut akan memberi manfaat kepada peserta terlibat melalui pengajaran format penyediaan rancangan perniagaan. Malah, bimbingan dan konsultasi selepas tamat kursus juga akan diberikan.

Bengkel pada 19 Mac akan diadakan di Ibu Pejabat PUNB KL Sentral manakala lokasi seterusnya pada 26 Mac pula bakal bertempat di Pejabat Satelit PUNB Alor Setar.

Setiap peserta akan dikenakan yuran pendaftaran termasuk makan dan minum sebanyak RM100 sahaja. Untuk mendaftar atau dapatkan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 03-2785 1418 (Suffi) atau 03-2785 1410 (Ikmal) selewat-selewatnya sebelum 28 Februari 2020.

Bengkel-PUNB-Mac.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.