Serba Dinamik Holdings Berhad dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan menganjurkan persidangan transformasi digital ‘Beyond Paradigm Summit 2019’ untuk merangsang pembangunan Revolusi Perindustrian Keempat (Industry 4WRD) di kalangan pemain industri tempatan.

Persidangan tersebut yang bakal berlangsung di dua buah lokasi iaitu Kuala Lumpur (17 hingga 18 Julai) dan Kuching (20 hingga 21 Julai) menyasarkan penyertaan para penggiat industri terutamanya sektor swasta dengan fokus perbincangan akan melibatkan tenaga kerja AI, kemajuan dalam robotik dan termasuklah penyelesaian transaksi tanpa fi dalam industri teknologi kewangan.

Beyond Paradigm Summit dijangka menarik penglibatan lebih 1,000 delegasi , pakar-pakar teknologi, panel tempatan dan antarabangsa serta pameran pelbagai teknologi Industry 4WRD.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadualkan merasmikan persidangan di Kuala Lumpur, manakala Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan melancarkan program di Kuching.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web www.beyondparadigmsummit.com

BPSMIT19.jpg