Syarikat penjagaan kesihatan, Bio-Life kini menawarkan produk daripada sumber semula jadi dan herba sebagai solusi untuk masalah mereka.
Herbalmeds memberikan pengguna pelbagai pilihan untuk produk. Terdapat juga penambahan dalam rangkaian produk mereka, iaitu: Urocran untuk melancarkan pembuangan air kecil, Articap untuk masalah pencernaan dan Grape Seed Extract bagi melancarkan peredaran darah.
Menggunakan sumber bahan mentah yang berkualiti merupakan keutamaan kepada Herbalmeds di mana ia juga adalah matlamat jenama tersebut yang berkongsi kebaikan produk herba semula jadi di samping membantu orang ramai untuk kekal sihat.
Ketua Pemasaran Bio-Life Malaysia, Chee Swee Rin berkata, pihaknya memahami keperluan pengguna yang ingin sihat secara semula jadi.
“Paling penting, untuk merawat penyakit mereka dan di sinilah Herbalmeds memainkan peranan untuk memenuhi keperluan itu.
“Melihat kepada kepelbagaian dalam perubatan tradisional dalam kehidupan kami yang berbilang kaum dan budaya, industri perubatan berasaskan herba, juga dikenali sebagai produk nutraseutikal,” katanya.
Senarai lengkap rangkaian produk Herbalmeds termasuklah CurcurePhyto (mengandungi kunyit, yang terkenal untuk melegakan kesakitan); Urocran (diperbuat daripada kranberi, untuk melancarkan pembuangan air kencing); Femosa (mengandungi herba yang dipanggil ‘cohosh’, yang melegakan simptom putus haid); Echinax (mengandungi herba ‘echinacea’, untuk melegakan demam atau selsema biasa), Grape Seed Extract (dihasilkan oleh biji anggur yang baik untuk memperbaiki perjalanan darah) dan Articap (mengandungi articok, yang dikenali untuk menggalakkan sistem pencernaan yang sihat).
Rangkaian produk Herbalmeds oleh BiO-LIFE adalah ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dan dijamin halal. Produk-produk ini boleh diperolehi di semua farmasi terkemuka seluruh negara dan secara atas talian.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://biolife.com.my/product-category/herbalmeds/.
-NIAGATIMES