Bitget Wallet secara rasminya telah melancarkan Bitget Wallet Card di beberapa pasaran terpilih Asia-Pasifik, sekali gus mengembangkan penawaran pembayaran kriptonya ke salah satu rantau paling dinamik di dunia.
Kad Bitget Wallet direka untuk membolehkan aset kripto digunakan dalam kehidupan seharian dengan menghubungkan aset digital yang dikawal sendiri (self-custodied) secara terus kepada rangkaian lebih 150 juta peniaga Mastercard dan lebih 200 negara di bawah Visa.
Pengguna boleh memohon kad tersebut melalui aplikasi Bitget Wallet, menerima kelulusan serta-merta menerusi proses pendaftaran digital sepenuhnya, dan menambah kad itu ke dalam Apple Pay atau Google Pay untuk penerimaan global. Transaksi akan dibiayai secara serta-merta melalui pertukaran onchain dan deposit dalam USDT serta USDC, manakala penambahan nilai (top-up) adalah percuma.
“Pelancaran Bitget Wallet Card di Asia-Pasifik merupakan satu pencapaian penting dalam strategi kami.
“Ia memperkukuh visi kami untuk menggabungkan kawalan kendiri aset digital, pematuhan, dan kegunaan sebenar dalam dunia nyata dengan memberikan pengguna satu pintu masuk untuk berbelanja, menyimpan dan menjana pendapatan melalui aset digital,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Bitget Wallet, Jamie Elkaleh.
Pelancaran ini dilakukan ketika rantau Asia-Pasifik muncul sebagai pasaran kripto yang paling pesat berkembang di peringkat global, dengan aktiviti onchain meningkat sebanyak 69 peratus tahun ke tahun kepada AS$2.36 trilion.
Rantau ini juga menjadi hab utama bagi penggunaan stablecoin institusi dan pembayaran runcit, dengan Asia Tenggara memacu aliran kiriman wang, manakala pasaran maju seperti Jepun dan Australia menunjukkan permintaan tinggi terhadap penyelesaian pembayaran yang telus dan berpatutan.
Dengan menggabungkan capaian kendiri Bitget Wallet dan infrastruktur pembayaran global rakan strategik, Bitget Wallet Card dilihat berpotensi untuk merapatkan jurang antara aset berasaskan rantaian blok (blockchain-native assets) dan sistem kewangan arus perdana di seluruh rantau ini.
-NIAGATIMES






















































