Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil maklum tentang pelaksanaan dua dana iaitu Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) dan Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF) seperti yang diumumkan Menteri Kewangan dalam ucapan Belanjawan 2021, baru-baru ini.
BNM dalam kenyataan berkata, TRRF memperuntukkan kemudahan pinjaman bernilai RM2 bilion untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak dalam sektor perkhidmatan.
โPKS yang layak boleh mendapatkan pembiayaan bagi tujuan modal kerja sehingga RM500,000 untuk tempoh sehingga tujuh tahun, termasuk moratorium sekurang-kurangnya selama enam bulan.
โKemudahan ini ditawarkan pada kadar sehingga 3.5 peratus setahun dan boleh diperoleh melalui 21 institusi kewangan peserta, dengan perlindungan jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) atau Credit Guarantee Corporation (CGC).
โKemudahan ini tersedia sehingga 31 Disember 2021 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya atau mana yang lebih awal,โ katanya.
Sementara itu, BNM turut menjelaskan tentang peruntukan MEF yang telah ditambahkan nilainya daripada RM300 juta kepada RM410 juta, dengan baki peruntukan yang tersedia sebanyak RM200 juta.
โKemudahan MEF ini telah ditambah baik untuk meningkatkan akses perusahaan mikro kepada kredit, yang merangkumi individu yang bekerja sendiri, pekerja sambilan yang menggunakan platform digital dan peserta program iTekad.
โPerusahaan mikro yang layak boleh mendapatkan pembiayaan untuk tujuan modal kerja dan perbelanjaan modal sehingga RM50,000.
โKadar pembiayaan akan ditetapkan oleh institusi kewangan peserta. Untuk kemudahan ini, institusi kewangan peserta juga boleh mendapatkan perlindungan jaminan daripada CGC atau SJPP,โ ujarnya.
-NIAGATIMES