Bagi mengupas pembentangan Belanjawan 2019 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Kementerian Kewangan Malaysia menerbitkan buku laporan Tinjauan Ekonomi 2019 dan Economic Outlook 2019 yang boleh dibeli orang ramai bermula hari ini.
Kedua-dua buku tersebut akan dijual pada hari ini mulai pukul 5 petang bertempat di Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.
Selain itu, Tinjauan Ekonomi 2019 dan Economic Outlook 2019 juga boleh dibeli setiap hari Isnin hingga Jumaat pada waktu pejabat selain dalam bentuk eBook yang boleh dilanggan melalui laman web www.pnmb2u.com .
Orang ramai boleh membeli buku cetakan tersebut pada harga RM60 senaskhah dan eBook pada harga RM5 senaskhah bagi sebarang rujukan pelaporan atau pemberitaan.