Bursa mata wang kripto BingX optimumkan pengalaman pedagang dengan Versi 3.0

BingX telahpun menaik taraf platformnya kepada Versi 3.0 yang bertujuan untuk meningkatkan daya saingnya dan memudahkan penggunaan untuk pedagang.

Antara ciri-ciri baharu, penyepaduan pasaran lani dan kontrak membolehkan pengguna melihat pasaran lani dan kontrak kegemaran mereka dengan mudah secara serentak. Keadaan pasaran semasa ini pada bila-bila masa berguna terutamanya untuk pedagang profesional.

Sebagai platform perdagangan sosial yang terkemuka di dunia, BingX komited terhadap pengalaman bertumpu pengguna dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan tawarannya.

BingX turut memperluas senarai mata wang kriptonya bagi memperlihatkan syiling yang terkini dan paling popular, berserta pemahaman yang lebih mendalam tentang setiap tokenomiknya.

Pengalaman transaksi ini juga telah dioptimumkan demi pelaksanaan yang mudah. Kini terdapat juga fungsi ‘backtesting’ yang dapat mensimulasikan operasi strategi perdagangan dalam keadaan pasaran terdahulu dan membantu menilai prestasinya untuk pelabur dan pedagang.

Ciri-ciri lain dan kemas kini platform melibatkan paparan buku pesanan yang lebih besar serta segar semula antara muka umum.

Kesemua ciri yang baru ditambah dan kemas kini platform ini menyasarkan untuk menjadikan pengalaman perdagangan untuk pengguna lebih menyeronokkan.

Justeru itu, pedagang boleh mengharapkan kecekapan lebih tinggi dan operasi lebih lancar sambil berdagang atau berinteraksi di BingX.

-PR NEWSWIRE

Cryptocurrency-Exchange-BingX.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.