Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menganjurkan program jerayawara khas bagi menggalakkan penyertaan syarikat Malaysia dalam China ASEAN Expo 2017 (CAEXPO 2017) yang bakal bermula 12 hingga 15 September di Nanning, China.

Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Ir. Dr. Mohd. Shahreen Zainooreen Madros berkata, CAEXPO merupakan pameran luar negara terbesar yang disertai oleh Matrade dari segi  ilangan penyertaan dan ruang pameran.

“Program jerayawara yang diadakan dari 12 sehingga 14 April di tiga bandar raya utama iaitu Georgetown, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur baru-baru ini adalah bagi mendedahkan mengenai peluang pasaran yang lebih meluas untuk menembusi pasaran China melalui CAEXPO.

“Sejak 14 tahun lalu ia diadakan, CAEXPO telah memberi manfaat kepada ramai pengimport dan menjadi platform terbaik terutama buat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ASEAN meluaskan perniagaan ke China,” katanya ketika berucap dalam siri promosi jerayawara CAEXPO 2017 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong dan Kaunselor Komersial dan Ekonomi Kedutaan China di Malaysia, Zhai Yibo.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.