Canon perkenal pencetak format besar Prograf GP dan Prograf Pro baharu

Canon Marketing Malaysia (Canon) hari ini mengumumkan pelancaran inovasinya yang terbaharu dalam segmen pencetakan format besar, dengan memperkenalkan tiga pencetak Siri imagePrograf GP (GP-526S/546S/566S) baharu, dan tiga pencetak Siri imagePrograf Pro (Pro-526/546/566) baharu.

Siri GP baharu ini diperkenalkan bagi memenuhi keperluan pasaran seni grafik, manakala Siri GP baharu lebih sesuai untuk cetakan imej foto dan cetakan seni halus.

“Kami dengan sukacitanya memperkenalkan inovasi terkini kami dalam segmen pencetakan format besar, yang direka khusus untuk meningkatkan kualiti cetakan, melicinkan operasi, dan menangani keperluan pelanggan kami yang sentiasa berkembang,” kata Ketua Bahagian Penyelesaian Pengimejan Perniagaan (BIS), Canon Marketing Malaysia, Jeffrey Kung.

Setiap pencetak tersebut menggunakan dakwat pigmen Lucia Pro II baharu, yang dibangunkan untuk memberikan kualiti cetakan yang baik bagi menghasilkan poster yang bukan sahaja terang tetapi mampu menarik perhatian, sesuai untuk pengiklanan produk dan memiliki ciri-ciri tahan cahaya dan tahan calar yang lebih baik.

Kedua-duanya dilengkapi dengan penutup lut sinar untuk kertas gulung dan tangki dakwat, memudahkan pengguna memeriksa bekalan. Pencahayaan dalamannya membolehkan pengguna memeriksa cetakan yang sedang berjalan, dan panelnya yang luas memberikan pandangan jelas baki kertas dan paras dakwat.

Untuk operasi yang lebih lancar, pencetak ini turut dilengkapi dengan sistem pengesanan dakwat baharu yang memantau keadaan dakwat bagi mengoptimumkan kedudukan pendaratan, memastikan kualiti imej yang tinggi serta menghalang berlakunya peralihan warna.

Fungsi ‘Smart Roll Paper Set’ mengesan sumber kertas, jenis, dan anggaran baki kertas secara automatik, mempercepatkan proses suapan kertas dan memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan pencetak untuk operasi yang stabil.

Kedua-dua pencetak Siri imagePrograf GP dan Siri imeagePrograf Pro boleh didapati di rakan pengedar Canon yang sah.

-NIAGATIMES

image-for-illustration-CREDIT-Joas-Souza.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.