Cantik cara selamat di Prestige Medispa

Lambakan pusat-pusat kecantikan pada hari ini yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan tidak dapat disangkal lagi. Kebanyakannya lebih cenderung menawarkan rawatan kecantikan semata-mata berbanding menitikberatkan kesihatan. Justeru itu, pusat rawatan yang dikenali sebagai Prestige Medispa menjanjikan pengalaman berbeza. Aspek rawatan kecantikan yang turut mementingkan kesihatan secara profesional dan selamat menjadi fokus utama mereka kepada pelanggan-pelanggan.

“Syarikat kami, Prestige Aesthetic Sdn Bhd diasaskan oleh tiga orang doktor iaitu saya, Dr. Kauthar Ismail, Dr. Nur-Athirah Md. Nor dan Dr. Farah Liyana Kamarudin. Kami mempunyai semangat dan keyakinan untuk memajukan diri dan menaikkan nama masing-masing setanding dengan pakar-pakar kulit di luar sana. Berbekalkan ilmu dan pengetahuan bidang Perubatan Estetik, pengalaman dan juga modal, kami akhirnya berjaya menubuhkan syarikat ini. Aktiviti perniagaan di sini ialah merawat masalah kulit dan membantu klien mendapatkan kulit yang sihat dan cantik,” kata Dr. Kauthar.

Prestige Medispa ditubuhkan pada Mei 2017 dan mula beroperasi pada tanggal 23 Julai 2017 di Prima Sri Gombak, Batu Caves. Kini, terdapat tiga cawangan Prestige Medispa di Malaysia iaitu di Prima Sri Gombak, Batu Caves dan Bandar Baru Uda, Johor Bharu yang telah beroperasi pada 25 September 2018. Sebuah lagi cawangan yang bakal dibuka pada Ogos 2019 pula berada di Ampang. Prestige Medispa dikendalikan oleh tiga orang Pengarah, iaitu Dr. Kauthar Ismail selaku Pengarah Operasi, Dr. Nur-Athirah Md. Nor selaku Pengarah Urusan dan Dr. Farah Liyana Kamarudin selaku Perunding Estetik. Prestige Medispa mempunyai staf seramai 15 orang.

Dr. Nur-Athirah Md. Nor, Dr. Kauthar Ismail dan Dr. Farah Liyana Kamarudin bersama-sama tenaga kerja Prestige Medispa

“Kami bermatlamat sebagai sebuah pusat rujukan kecantikan yang berprestij serta menjadi pilihan ramai dengan memberi rawatan yang berkesan dan selamat. Misi syarikat adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang penuh profesional dan berdedikasi tinggi, menyediakan rawatan wajah yang selamat dan efektif, memberikan khidmat nasihat yang terbaik kepada pelanggan sama ada sebelum, semasa dan selepas rawatan wajah. Secara peribadi, saya mahukan Prestige Medispa mudah dikunjungi di seluruh Malaysia di samping keselesaan pelanggan menjadi keutamaan kami,” tambah Dr. Kauthar.

Perkhidmatan yang ditawarkan Prestige Medispa melibatkan konsultasi wajah dan rawatan muka gred perubatan seperti ‘microdermabrasion’, ‘microneedling’ dan ‘chemical peel’. Selain daripada perkhidmatan rawatan muka, spa ini juga menawarkan perkhidmatan membuang bulu secara kekal menggunakan mesin ‘Intense Pulsed Light’, melentikkan bulu mata dan ‘SweatSpa’ (di cawangan Johor). Prestige Medispa juga menjual produk-produk penjagaan kulit yang mendapat kelulusan daripada FDA seperti ‘Crystal Tomato Plus’, ‘Is Clinical’ dan ‘Neosrata’.

Kejayaan Prestige Medispa yang berjaya memberikan mutu perkhidmatan terbaik setelah beroperasi selama dua tahun akhirnya membuahkan hasil apabila diiktiraf sebagai pemenang Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2019. Selain daripada itu, Prestige Medispa telah menjadi penaja untuk rancangan realiti televisyen, Miss Pink Lady 2018 dan Neonate Company.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.