Cara tepat mulakan perniagaan di Instagram

Instagram merupakan salah satu aplikasi media sosial yang cukup dekat dengan masyarakat pada hari ini. Berbanding medium media sosial yang lain, Instagram yang menggunakan pendekatan bergambar berupaya menjadi daya penarik yang lebih berkesan untuk menarik audiens. Atas faktor itulah yang menyebabkan ramai usahawan mula menggunakan Instagram untuk berniaga.

Kajian ‘Business Instagram’ mendapati terdapat lebih 25 juta profil perniagaan berdaftar di seluruh dunia! Tetapi, tahukah anda cara-cara tepat berikut untuk mulakan perniagaan di Instagram?

(1) JUAL PRODUK BERSESUAIAN
Anda perlu memahami terlebih dahulu bahawa kebanyakan pengguna Instagram adalah terdiri daripada golongan belia yang berumur 18 hingga 35 tahun. Oleh itu, adalah lebih sesuai jika usahawan itu memilih produk-produk yang menepati ‘selera’ mereka seperti gajet, fesyen dan hiburan.

(2) REKA ‘USERNAME’ RINGKAS
Nama yang terpampang di Instagram perlulah ringkas. Elakkan menggunakan nama yang terlalu panjang dan berbelit-belit kerana ini menyukarkan pengguna untuk mengenal ‘kedai’ anda. Selain ringkas, pilihan nama disarankan berkait rapat dengan jenama produk yang dijual.

(3) MANFAATKAN MAKLUMAT BIO
Jelaskan produk anda dengan tepat serta bahasa yang bersifat ‘mesra pembaca’. Malahan, usahawan sangat digalakkan meletakkan panggilan aksi (CTA) untuk mengarahkan pengikut di Instagram melakukan sesuatu tindakan seperti tempahan atau pendaftaran.

(4) LENGKAPKAN BAHAGIAN ‘LINK’
Ruangan ‘link’ sangat membantu untuk pembeli berpotensi anda mengetahui pelbagai maklumat lanjut mengenai syarikat serta produk anda. Jika tidak mempunyai sebarang laman web, tiada salahnya jika anda mengisi ‘link’ Facebook mahupun Blog sebagai rujukan.

Cara mulakan perniagaan di Instagram.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.