Bersempena sambutan ulang tahun ke-10, Kumpulan Carousell (Carousell), platform peneraju berbilang kategori bagi barangan terpakai di Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan, menerbitkan laporan Indeks Perdagangan Semula Carousell (Edisi Ulang Tahun Ke-10) yang mendedahkan impak kemampanan yang telah dicapai oleh komuniti kolektifnya dengan membeli dan menjual barangan terpakai.
Sepanjang sedekad yang lalu, daripada data yang diterima dari pengguna, Carousell telah melanjutkan kitaran hayat berjuta barangan.
Barangan tersebut termasuk 76.8 juta dalam kategori Fesyen, 33.9 juta dalam kategori Elektronik; 26.6 juta dalam kategori Hobi dan Mainan; 11.1 juta dalam kategori Rumah dan Perabot serta 10.6 juta dalam kategori Bayi dan Kanak-kanak.
Di Malaysia, Carousell merupakan perintis utama dalam industri perdagangan semula. Ini terbukti melalui 46 peratus responden kajian di negara ini menyatakan mereka membeli dan menjual barangan terpakai di platform tersebut.
Perdagangan semula (recommerce) merujuk kepada penjualan dan pembelian produk yang pernah dimiliki sebelum ini, termasuk dalam keadaan baharu dan juga terpakai.
Laporan itu merangkumi data daripada 9 daripada jenama sekeluarga Kumpulan Carousell di seluruh pasaran Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan โ Carousell, Cho Tot, Laku6, Mudah.my, OneKyat, One Shift, Ox Luxe, Ox Street dan Refash.
Lucas Ngoo, antara pengasas Carousell, mengulas mengenai Laporan Indeks Perdagangan Semula Carousell tahun 2022 berkata, laporan tahun ini menjadi penanda aras pihaknya untuk memahami tingkah laku pengguna pasca era Covid-19.
โSebagai kumpulan yang berasaskan misi untuk menangani masalah pembelian berlebihan melalui teknologi, kami berbesar hati kerana platform kami telah berjaya menjual berjuta barangan terpakai dan yang tidak lagi digunakan untuk digunakan semula.
โSelain itu, platform kami turut membantu menjana pendapatan sampingan untuk pengguna-pengguna di Carousell. Kami akan berusaha untuk meneruskan misi bagi menggalakkan kelestarian (sustainability) dan ekonomi pekeliling (circular economy) di Malaysia,โ jelasnya.
-NIAGATIMES