Castrol tawar pakej servis tukar pelincir kereta tulen di Shopee

Castrol Malaysia (Castrol) mengumumkan Pakej Servis Penukaran Pelincir kereta Castrol, yang kini boleh didapati melalui Castrol Malaysia e-Store rasmi di dalam Shopee.

Castrol dalam kenyataan berkata, inisiatif ini menjanjikan pengalaman yang tidak merumitkan untuk pelanggan membeli pakej yang didatangkan dengan jaminan 100 peratus bahawa kereta mereka akan diservis menggunakan pelincir Castrol yang tulen.

“Para pelanggan boleh melakukan carian untuk Pakej Servis melalui Castrol e-Store di Shopee dan memilih baucar servis yang diinginkan.

“Selepas membeli, para pelanggan boleh terus membuat janji temu di salah satu daripada bengkel-bengkel sah Castrol di seluruh negara.

“Pada hari anda berkunjung ke bengkel, kereta anda akan menjalani 15 pemeriksaan oleh mekanik yang sangat terlatih sebelum menukar pelincir yang perlu berdasarkan kepada baucar yang telah dibeli.

“Semasa pembayaran, anda cuma perlu klik ‘tebus’ ke atas baucar di dalam aplikasi untuk menuntut ia dan tunjukkan laman Kod Cawangan kepada kakitangan bengkel bagi menyempurnakan penebusan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jualan Castrol Malaysia dan Singapura, Gan Wee Kiong berkata, pihaknya mahu memastikan para pengguna mendapat apa yang mereka bayar, dengan mudah dan inilah sebabnya mengapa pakej servis atas talian tersebut diperkenalkan.

“Kini, kami boleh menawarkan perkhidmatan serta produk kami dengan kualiti yang tiada kompromi dan dijamin 100 peratus bahawa pengguna akan mendapat produk Castrol yang tulen dengan mudah, dari rumah mereka sendiri,” ujarnya.

-NIAGATIMES

Castrol.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.