CGC jalin kerjasama dengan AKPK untuk tingkatkan literasi kewangan PMKS

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit (AKPK) hari ini bersetuju untuk bekerjasama dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meningkatkan literasi kewangan individu dalam mempromosikan tingkah laku yang bertanggungjawab dan sikap rasional bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Kerjasama ini selaras dengan visi Bank Negara Malaysia iaitu Strategi Kebangsaan Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN), yang bertujuan untuk meningkatkan celik kewangan di kalangan rakyat Malaysia. FEN dianggotai oleh beberapa agensi yang diterajui oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, serta pengasasnya termasuk AKPK.

Strategi kebangsaan ini menetapkan keutamaan dan pelan tindakan untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan pengetahuan kewangan supaya mereka mampu membuat keputusan kewangan berdasarkan maklumat yang mencukupi dan memupuk sikap yang berhemat dalam pengurusan kewangan.

Kerjasama CGC dan AKPK ini adalah sejajar dengan matlamat FEN untuk menyediakan pendidikan kewangan kepada PMKS dan individu, dalam memastikan kesedaran yang lebih tinggi tentang kepentingan literasi kewangan.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir.

Berdasarkan kerjasama ini, CGC boleh merujuk pelanggan PMKS ke kursus e-pembelajaran, bengkel dan webinar AKPK mengenai topik yang berkaitan dengan literasi kewangan dan pengurusan kewangan.

Di samping itu, pelanggan PMKS CGC juga akan dirujuk kepada AKPK untuk inisiatif pengurusan hutang. Pelanggan AKPK yang berminat dengan pembiayaan PMKS juga berpeluang memanfaatkan portal imSME CGC, iaitu platfom rujukan pembiayaan dan pinjaman PKS atas talian yang pertama di Malaysia.

-NIAGATIMES

CGC-Signed-MoU-with-AKPK.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.