Chengdu perkenal ruang inovasi sains teknologi ke arah ekonomi baharu

0
16

Chengdu di Barat Daya China bakal memperkenalkan siri ruang inovasi sains dan teknologi pada 29 Jun (esok) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan bandar raya ini untuk meningkatkan pembangunan dalam sektor ekonomi baharu.

Melalui acara ‘2020 Chengdu New Economy Double Thousand Project – Special Conference for High Quality Science and Technology Innovation Spaces’ yang akan diadakan di Tianfu Vanke Cloud City, ia akan memberi tumpuan pada teknologi terkini dan ruang yang membina impian.

Menurut laporan National Business Daily, persidangan ini akan memperkenalkan 100 segmen baharu dan 100 produk baharu dalam sektor ekonomi baharu kepada dunia.

“Inovasi dalam sains dan teknologi adalah penting untuk pembangunan sesebuah bandar yang berkualiti tinggi.

“Awal tahun ini, Jawatankuasa Pusat bagi Hal Ehwal Kewangan dan Ekonomi China mengambil keputusan untuk menggalakkan pembangunan lingkaran ekonomi Chengdu-Chongqing dan memupuk pusat pertumbuhan untuk pembangunan yang berkualiti tinggi di barat China.

“Membina sebuah pusat inovasi sains teknologi yang berpengaruh di peringkat nasional merupakan suatu kepentingan strategik untuk pembangunan kawasan ekonomi ini,” jelas laporan tersebut.

Lima tahun akan datang merupakan fasa permulaan lingkaran ekonomi selain tempoh penting untuk Chengdu menggalakkan daya saing antarabangsa dan kepimpinan serantau. Pemerkasaan teknologi bersedia untuk memberi lebih banyak dorongan kepada pembangunan ekonomi baharu di Chengdu.

-PR NEWSWIRE

ruang-inovasi-sains-dan-teknologi-Chengdu-China.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.