China Eastern jana ekonomi, promosi pakej tiket ‘terbang sesuka hati’

Lebih 150,000 orang telah menikmati penerbangan mereka di bawah pakej diskaun tiket penerbangan ‘terbang sesuka hati’ yang dilancarkan oleh China Eastern Airlines (China Eastern) sepanjang dua hujung minggu yang lalu.

Pakej diskaun tiket penerbangan yang pertama kali dilancarkan di China itu membolehkan penumpang untuk menikmati penerbangan hujung minggu tanpa had bermula 18 Jun sehingga 31 Disember dengan harga 3,322 yuan.

China Eastern dalam satu kenyataan berkata, produk itu amat dialu-alukan oleh pengembara beg galas dan pekerja migran sementara rata-rata warga siber malah menyebutnya sebagai ‘satu rahmat untuk perhubungan jarak jauh’.

“Ekoran wabak Covid-19 telah secara efektif dapat dikawal di China, 150,000 orang penumpang terbang untuk menikmati percutian atau menziarah keluarga mereka dengan menggunakan pakej tiket itu, yang telah menjadi satu topik hangat dan satu aktiviti ekonomi yang luar biasa di China.

“Faktor muatan penumpang secara purata bagi penerbangan China Eastern dari Shanghai ke lebih dari 10 destinasi meningkat hampir 20 peratus, dengan angka bagi sebahagian penerbangan telah melebihi 90 peratus,” katanya.

China-Eastern.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.