Cisco Malaysia (Cisco) memperkenalkan sebuah program pembiayaan terbaharu bagi membolehkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia memiliki produknya dengan hanya perlu menjelaskan pembayaran bulanan tetap selama tiga tahun di samping mendapat manfaat faedah sifar peratus dan tanpa kos pendahuluan.
Pengarah Urusan Cisco, Albert Chai berkata, program baharu oleh Cisco yang merangkumi semua portfolio produk termasuk perisian, perkakasan dan perkhidmatan ini bertujuan memberikan sokongan kewangan kepada PKS yang berusaha melengkapkan diri dengan peralatan dan penyelesaian yang diperlukan untuk merancakkan perniagaan mereka pada era digital baharu.
“Program pembiayaan ini akan memudahkan PKS tempatan untuk memulakan perjalanan pendigitalan mereka.
โDalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ini, kami di Cisco komited untuk memainkan peranan bagi meringankan beban PKS di Malaysia.
“Ketika perniagaan berusaha menyesuaikan dengan normal baharu, kami yakin sektor PKS akan terus melindungi dan menyediakan peluang pekerjaan yang dapat mengukuhkan pemulihan ekonomi Malaysia selepas Covid-19,โ katanya.
Pilihan pembiayaan baharu ini kini boleh didapati menerusi Cisco Capital, iaitu perniagaan pembiayaan vendor Cisco yang menawarkan pilihan pembayaran dan sokongan yang berpaksikan pelanggan untuk menikmati pelbagai penyelesaian Cisco.
Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, sila layari laman web rasmi www.cisco.com atau hubungi pasukan Cisco tempatan anda.