Coca-Cola sambung kontrak penjualan di pawagam GSC

Coca-Cola Malaysia telah memperbaharui kerjasamanya dengan rangkaian pawagam terkemuka, Golden Screen Cinemas (GSC) dengan termeterainya perjanjian konsesi lanjutan, sekaligus mengukuhkan lagi hubungan perniagaan strategik yang terjalin sejak tiga dekad.

Memorandum persefahaman (MoU) itu telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Pembotolan untuk Singapura, Malaysia, dan Brunei, Louis Balat Joseph serta, Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Koh Mei Lee dalam satu majlis yang dilangsungkan di Aurum Theatre.

Menurut Louis, pihaknya berbangga dapat meneruskan kerjasama strategik kami dengan GSC.

โ€œKami mahu terus berkongsi โ€˜keajaibanโ€™ bersama pengunjung pawagam melalui rangkaian minuman kami yang menyegarkan, selaras dengan falsafah โ€˜Real Magicโ€™ kami.

โ€œKerjasama ini juga melambangkan kepercayaan dan komitmen kukuh di antara Coca-Cola dan GSC,โ€ katanya.

Sementara itu, Mei Lee berkata, GSC sentiasa berusaha untuk berinovasi dalam penawaran untuk memberikan akses dan nilai yang lebih besar kepada para penonton filem, kini dengan rangkaian produk, promosi dan tawaran eksklusif.

โ€œTawaran lebih luas ini dibawakan kepada kita semua oleh Coca-Cola Malaysia yang mana boleh dinikmati di seluruh pawagam kami,โ€ jelasnya.

Sebagai tanda penghargaan kepada kerjasama jangka panjang antara kedua-dua jenama ikonik tersebut, dan bagi meraikan musim perayaan Aidilfitri, GSC bakal menganjurkan sebuah pameran wayang kulit yang menarik di Aurum Theatre, The Gardens Mall dari 31 Mac hingga 8 Mei.

-NIAGATIMES

CCRM-x-GSC.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.