Continental Tyres sedia rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian digital Conti360º

Pengeluar tayar terkemuka Jerman, Continental Tyres menawarkan rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian digital Conti360º kepada pengendali kenderaan fleet komersial bagi membolehkan mereka menguruskan tayar kenderaan dengan lebih cekap sambil mengurangkan kos minyak dan jarak perjalanan tayar.

Pengurus Jualan Nasional Trak Tayar di Continental Malaysia, Winson Khoo Han Kee berkata, Conti360º diperkenalkan khas untuk mengurangkan kos minyak, tingkatkan jarak perjalanan tayar dan juga keselamatan kenderaan melalui tiga rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian mereka.

“Pelanggan yang telah pun menggunakan Conti360º memperoleh penjimatan kos minyak sehingga 3 peratus dan peningkatan jarak perjalanan tayar sebanyak 20 peratus, di samping menikmati peningkatan yang ketara dalam keselamatan kenderaan dan pemandu bergantung pada saiz fleet dan keadaan operasi masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova, memaklumkan bahawa Continental berazam untuk melangkaui batasan perhubungan antara syarikat tayar komersial dan pelanggannya yang bukan sekadar melibatkan urusan jual-beli semata-mata.

“Teknologi Conti360º akan membantu pelanggan kami memaksimumkan pelaburan pada tayar, sambil meraih manfaat daripada sokongan teknikal selepas jualan dan pemantauan prestasi jangka panjang.

“Penyelesaian Conti360º merupakan langkah baharu kepada operasi pengurusan fleet.

“Pelaburan kami untuk membangunkan teknologi ini mencerminkan komitmen berterusan kami kepada pelanggan fleet dan komersial kami, bagi membantu mereka menangani cabaran dan mencapai matlamat perniagaan yang lebih mantap,” katanya.

-NIAGATIMES

Conti360o-Advance-Services_Conti-Fleet-Check-Services.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.