Cradlepoint tawar portfolio penyelesaian 5G

0
15

Cradlepoint, pemimpin global dalam penyelesaian pinggir wayarles LTE dan 5G yang disampaikan oleh awan, baru-baru ini mengumumkan portfolio penyelesaian 5G paling menyeluruh dalam industri yang dikuasakan oleh Perkhidmatan NetCloud syarikat itu dan dibina secara eksklusif untuk memenuhi imperatif perniagaan seperti ketersediaan, saling kendali, keselamatan dan kebolehurusan.

Portfolio penyelesaian ‘5G untuk Perniagaan’ baharu membolehkan pelanggan mengerahkan Internet perniagaan wayarles dan rangkaian kawasan luas (WAN) yang pantas dan boleh diharap.

Telstra ialah rakan pelancaran untuk penyelesaian Cradlepoint 5G pertama yang bakal dipasarkan ke pasaran iaitu Penyesuai Jalur Lebar 5G Siri-W2000, penyelesaian pinggir wayarles 5G untuk perkhidmatan Wayarles Perusahaan oleh Telstra. Percubaan pelanggan dijadualkan akan bermula pada April 2020.

Eksekutif Mobiliti Telstra, Andrew Stormont berkata, matlamat syarikatnya untuk menyampaikan penyelesaian 5G terbaik yang tersedia kepada perniagaan di Australia telah membawa mereka kepada NetCloud oleh Cradlepoint dan Penyesuai Wayarles 5G Siri W2000 yang baharu.

“Kami tahu bahawa keperluan rangkaian untuk pelanggan perniagaan dan perusahaan kami amat berbeza dengan keperluan pengguna, dan ini menjadi faktor penentu dalam keputusan kami untuk bekerjasama dengan Cradlepoint untuk penyelesaian 5G Wayarles Perusahaan kami.

“Pendekatan menyeluruh mereka serta kepimpinan dan kepakaran rangkaian Telstra, memudahkan pelanggan perniagaan untuk menggunakan 5G sambil menyediakan alat pengurusan hebat yang penuh,” katanya.

5G.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.