CSITE beri pendedahan, inovasi syarikat Malaysia

0
18

Pameran Teknologi Pintar China (CSITE) 2019 anjuran Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM) yang diadakan baru-baru ini melibatkan 30 syarikat teknologi dari China, Singapura dan Malaysia menyaksikan aplikasi AI dan produk teknologi pintar dari China seperti konsep bandar pintar, pelbagai aplikasi robot, persembahan dron serta produk pintar yang lain telah ditonjolkan kepada umum.

Menurut penganjur, pameran selama dua hari itu telah menarik lebih daripada 12,000 pelawat dan lima memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani di antara syarikat China dan Malaysia, menunjukkan pengiktirafan masyarakat di negara ini terhadap teknologi pintar China.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, kerjasama antara Malaysia dan China bukan sahaja lebih mengeratkan lagi hubungan baik kedua-dua negara malah turut memberi pendedahan kepada syarikat-syarikat tempatan untuk melaksanakan proses inovasi masing-masing.

“Syarikat Malaysia dan China boleh bekerjasama untuk membina Taman Teknologi AI Malaysia,  teknologi kecerdasan buatan China (AI) mempunyai banyak yang perlu kami belajar.

“Salah satu langkah seterusnya dari kementerian ialah membina Taman Teknologi AI Malaysia serta membangunkan teknologi AI dan inovasi, kami juga mengalu-alukan syarikat teknologi China untuk melabur dan mengembangkan ekosistem ke atas teknologi AI di Malaysia,” katanya pada majlis perasmian CSITE 2019 di Pusat Pameran Mid Valley Kuala Lumpur, baru-baru ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.