CSR Malaysia, NiagaTimes santuni golongan memerlukan sempena Ramadan dan Syawal

Syarikat penerbitan RHA Media Sdn Bhd menjalinkan kerjasama dengan PR Partners Asia Sdn Bhd menerusi kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi meraikan golongan memerlukan sempena Ramadan dan Syawal.

Program yang dikendalikan menerusi kerjasama rangkaian media kedua-dua syarikat iaitu CSR Malaysia dan NiagaTimes itu telah diketuai oleh Eksekutif Korporat, Alynur Ramli, yang menyerahkan sumbangan 100 pek makanan dan wang tunai kepada penghuni Persatuan Anak Yatim dan Ibu Tunggal Nur Hikmah di Petaling Jaya dan Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra, Ampang.

Menurutnya, sumbangan bersempena bulan mulia umat Islam tersebut merupakan sebahagian inisiatif CSR kelolaan NiagaTimes dan CSR Malaysia untuk menghargai komuniti yang kurang bernasib baik di dalam mendepani cabaran ketika tempoh pandemik Covid-19.

โ€œSyukur, semuanya selesai dan berjalan dengan lancar. Kita telah menyerahkan hampir 100 makanan di dua lokasi berasingan iaitu di Taman Medan, Selangor dan Ampang, Kuala Lumpur.

csr malaysia

 

โ€œSemoga dengan sumbangan daripada kami ini sekurang-kurangnya membolehkan mereka menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih sempurna,โ€ katanya ketika ditemui pemberita, baru-baru ini.

Orang ramai yang ingin turut menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menyalurkannya ke akaun CIMB Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra 8600772989 dan Bank Islam Persatuan Anak Yatim & Ibu Tunggal Nur Hikmah 12252010010247.

 

-NIAGATIMES

 

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.