CTOS Data System Sdn Bhd (CTOS) mendedahkan bahawa faktor memelihara margin jualan dan keuntungan serta memperoleh pelanggan baharu telah dikenalpasti sebagai kebimbangan utama yang melanda para pemain Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan ketika ini.
Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh agensi laporan kredit swasta itu terhadap PKS, keputusan yang didapati adalah melibatkan segenap industri termasuklah kewangan, pembuatan, pembinaan dan pengedaran.
โDengan 37.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) disumbangkan oleh PKS, isu-isu yang memberi kesan kepada mereka pasti akan menjejaskan Malaysia secara keseluruhan.
โKami melihat isu seperti harga dan persaingan berada dalam senarai terbawah yang bemakna sektor PKS mahu mengukuh kedudukan pada 2019 berbanding melakukan pengembangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Dennis Martin dalam satu kenyataan, hari ini.