CTOS lancar platform penyelesaian Skor PKS

0
7

Anak syarikat CTOS Holdings Sdn Bhd, CTOS Data Systems Sdn Bhd melancarkan Skor PKS CTOS bertujuan menyediakan penilaian kepercayaan kredit yang mudah dan universal untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan CTOS Holdings Dennis Martin berkata penyelesaian itu akan membolehkan PKS membuat keputusan dengan yakin dan pantas memandangkan mereka dapat menilai syarikat dan peniaga yang berpotensi untuk diberikan pinjaman, pajakan dan kredit perdagangan.

“Penyelesaian itu akan membantu memacu pertumbuhan PKS di Malaysia dengan menyediakan penilaian kepercayaan kredit yang mudah dan universal untuk mendapat terma dan tawaran terbaik daripada bakal pemiutang dan PKS lain.

“Dengan segmen pembiayaan PKS yang semakin sibuk, kami menjangka keputusan pantas dan penilaian komprehensif daripada data yang ditawarkan penyelesaian itu, akan menjadi panduan kepada pembuat keputusan PKS berhubung pembiayaan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program itu baru-baru ini.

Dibangunkan dengan kerjasama FICO, piawaian de facto bagi skor kredit di Amerika Syarikat, Martin berkata penyelesaian berkenaan menyediakan maklumat terkini kedudukan kewangan semasa PKS, membolehkan pemberi pinjaman membuat tindakan terlebih dahulu terhadap pembayaran lewat atau hutang lapuk.

Sebagai skor industri yang komprehensif, beliau berkata penyelesaian itu menerima data daripada Data Kredit Syarikat Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) dan Data Kredit Pengguna CCRIS daripada Bank Negara Malaysia, data pemfailan di Jabatan Pendaftaran Negara, selain data kewangan dan maklumat nisbah dan perniagaan dan proprietari CTOS Data yang diuruskan rakan kongsinya. – BERNAMA

CTOS.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.