Anak syarikat milik penuh CTOS Digital Berhad, CTOS Data Systems Sdn Bhd sedang memperkasakan konsumer untuk mengawal kesihatan kewangan mereka melalui sebuah program rujukan untuk semakan kendiri Laporan Skor MyCTOS.
Setelah mencatat pencapaian dua juta pelanggan semakan kendiri CTOS baru-baru ini, program ini dilancarkan pada masa yang sesuai, kerana tanggungjawab kredit dan kesihatan kewangan adalah penting ketika negara semakin pulih daripada fasa pandemik.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Berhad, Eric Hamburger berkata, sebagai agensi pelaporan kredit terkemuka di Malaysia, pihaknya menyasarkan untuk memperkasakan seramai mungkin orang dengan alatan serta pengetahuan yang betul untuk membuat keputusan kewangan yang baik dan menyemak laporan kredit MyCTOS anda adalah langkah pertama bagi merealisasikannya.
โPeningkatan pertumbuhan dalam pelanggan pemeriksaan kendiri CTOS yang kami saksikan menandakan bahawa konsumer secara keseluruhannya semakin sedar mengenai kesihatan kredit mereka.
โKami ingin memberi ganjaran kepada mereka kerana mengawal kesihatan kewangan serta menggalakkan mereka untuk memperkasakan orang lain agar melakukan perkara yang sama,โ ujarnya dalam satu kenyataan.
Program Refer and Reward CTOS akan memberi insentif kepada pelanggan untuk menyemak markah mereka dan merujuk rakan serta ahli keluarga mereka untuk melakukan perkara yang sama, dengan menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM2,000 setiap minggu melalui sistem mata ganjaran terkumpul.
Program ini akan berlangsung selama lima minggu dari 27 Jun hingga 31 Julai 2022 sebagai sebahagian daripada usaha celik kewangan CTOS yang berterusan.
-NIAGATIMES