Dana RM35 Juta Bagi Biaya Usahawan Francais

Perbadanan Nasional Bhd (PNS) menyediakan RM30 juta hingga RM35 juta bagi membiayai usahawan yang berminat melakukan aktiviti perniagaan francais.  Pengarah Urusan PNS, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin menjangkakan peruntukan ini dapat membantu 200 hingga 250 para usahawan pada tahun ini. Jelas beliau dalam siding akhbar mengenai kerjasama antara PNS dengan operator rantaian makanan segera iaitu Marrybrown.  Selain itu, beliau turut menyatakan kerjasama PNS dengan Marrybrown merupakan inisiatif bagi membantu biayai francaisi yang berminat dengan jenama tersebut. PNS dan Marrybrown akan bersama-sama mengenal pasti terlebih dahulu sama ada mereka layak menerima pembiayaan dari PNS berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan.  Peruntukkan sebanyak 70 peratus bakal diberi oleh PNS, selebihnya ditanggung oleh usahawan francais.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.