Dasar Keusahawanan Nasional 2030 dilancar

0
27

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam melancarkan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) yang merupakan dasar pertama di Malaysia melibatkan penggubalan secara komprehensif dan terkhusus dalam bidang keusahawanan.

Dokumen strategik jangka panjang dalam penetapan hala tuju keusahawanan negara tersebut menggariskan objektif, sasaran, strategi serta inisiatif pembangunan ekosistem keusahawanan merentasi semua bidang industri dan merangkumi setiap peringkat usahawan dan masyarakat tempatan.

Menurut Dr. Mahathir, DKN2030 menjadi tonggak kepada daya saing negara dan merupakan manifestasi kesungguhan kerajaan dalam usaha merealisasikan matlamat ‘Kemakmuran Bersama’ dalam mendepani medan persaingan ekonomi global serta perubahan teknologi seiring Revolusi Perindustrian Keempat.

“Adalah menjadi hasrat kerajaan agar dasar ini mampu membentuk semangat keusahawanan yang utuh, bukan sahaja dalam kalangan para usahawan malah seramai mungkin rakyat Malaysia demi merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai Negara Keusahawanan Unggul 2030,” katanya sewaktu melancarkan DKN2030 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Dr-Mahathir-Kredit-foto-MED.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.