Dasar Keusahawanan Negara bakal diumum November depan

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah mengatur polisi Dasar Keusahawanan Negara yang inklusif dan kompetitif bersesuaian pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 dengan tumpuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat akan diberikan kepada golongan B40 serta usahawan sosial.

Dalam satu kenyataaan rasmi yang dikeluarkan MED hari ini memaklumkan bahawa agenda baharu negara dalam pembangunan keusahawanan yang komprehensif dan bersepadu itu turut mengenalpasti beberapa isu strategik melibatkan kluster pembiayaan, latihan, koperasi, pengkalan data, operasi, rasionalisasi dan antarabangsa.

โ€œAntara perkara yang dibangkitkan adalah kajian semula kerangka perundangan dan dasar keusahawanan termasuk memperkukuh tadbir urus yang cekap dalam kalangan usahawan mahupun koperasi, peluasan pasaran, rasionalisasi agensi pembangunan usahawan serta mekanisme pembiayaan baharu yang lebih dinamik dan terbuka termasuklah memenuhi keperluan usahawan sosial untuk mendapatkan fasilitasi dan pembiayaan.

โ€œKita juga akan menyusuli isu dan pelan strategik yang diperlukan bagi merasionalisasi dan memfokus semula fungsi dan peranan agensi pembangunan usahawan serta tumpuan sektor program pembangunan usahawan bagi menyokong agenda ekonomi negara untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan yang kondusif dan bersepadu. Maklumat lanjut mengenai dasar ini akan diumumkan pada pertengahan November 2018,โ€ jelas kenyataan itu.ย 

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.