Datuk Alan Foo dinobatkan pemenang anugerah antarabangsa

0
2

Ahli korporat, Datuk Alan Foo mencipta kecemerlangan apabila dinobatkan sebagai pemenang anugerah ikon hiburan antarabangsa pada majlis Anugerah Kepimpinan Strategik Global (GSLA) 2019 yang diadakan di Hotel Mandarin Court Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengiktirafan gemilang tersebut telah disepakati oleh beberapa gabungan pertubuhan antarabangsa iaitu Dewan Antarabangsa Industri Media dan Hiburan, Yayasan Keamanan dan Penyelidikan Dunia serta Pusat Kewartawanan Antarabangsa dengan penganugerahan telah disampaikan Pengerusinya, Dr. Sandeep Marwah.

Alan Foo yang merupakan Pengarah Urusan Star Planet dipilih sebagai pemenang berdasarkan sumbangannya dalam merancakkan industri hiburan selaku penganjur yang mengendalikan konsert-konsert besar di pentas Asia melibatkan artis-artis ternama antarabangsa di samping komitmennya menjalinkan hubungan baik Malaysia bersama rakan-rakan media hiburan dari negara seperti Hong Kong, Amerika Syarikat, Taiwan, China, Singapura dan lain-lain lagi.

“Bagi pihak Star Planet, saya sangat berbesar hati dengan kejayaan yang diraih ini kerana matlamat kami untuk menaikkan nama Malaysia ke persada dunia kini tercapai. Saya harapkan sokongan daripada masyarakat kita seluruhnya agar industri hiburan kita mampu berkembang lebih pesat kelak,” katanya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.