Ahli korporat, Datuk R. Rajendran menerima anugerah pencapaian tertinggi sebagai ikon media sempena Anugerah Kepimpinan Strategik Global (GSLA) 2019 di Hotel Mandarin Court Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Research House of Asia (RHA Media Sdn Bhd) menerima anugerah itu daripada tokoh perfileman India, Dr. Sandeep Marwah pada majlis anjuran bersama pertubuhan antarabangsa yang terdiri daripada Dewan Antarabangsa Industri Media dan Hiburan, Yayasan Keamanan dan Penyelidikan Dunia serta Pusat Kewartawanan Antarabangsa.
Rajendran, 51, dipilih menerima anugerah terbabit atas sumbangannya dalam meningkatkan pengaruh berhubung aktiviti media tempatan ke peringkat antarabangsa selain kreativitinya melahirkan penerbitan media yang unik melibatkan ranking semasa berkaitan gaya hidup di Asia dan Malaysia khususnya.
โSaya menganggap kejayaan ini sebagai hadiah terbaik buat pengamal-pengamal media tempatan kerana ia jelas membuktikan bahawa media Malaysia juga sebenarnya mampu menghasilkan bahan bacaan yang setanding dengan media antarabangsa yang lain, malah kita sebenarnya lebih bagus.
โSudah tentu pengiktirafan sebegini memberi makna yang besar untuk saya dan kru penerbitan RHA Media untuk lebih melipatgandakan usaha kami dalam mengeluarkan karya-karya bermutu serta hasil kerja yang lebih berkualiti kelak,โ katanya.