DEDIKASI DATO’ DR. IQBAL BUAT QEW COMMUNICATIONS

Syarikat milikan penuh bumiputera, Qew Communications Sdn Bhd (Qew Comm) yang ditubuhkan pada 6 Februari 2013 dikenali sebagai salah sebuah anak syarikat Qew Group Berhad yang beroperasi di samping anak-anak syarikat yang lain. Pengalaman yang dimiliki Qew Comm selama lebih dari 10 tahun dalam pelbagai bidang seperti pengurusan acara, produksi kreatif dan multimedia, penyiaran, perhubungan awam serta penjenamaan nyata mengukuhkan lagi operasi syarikat ini di dalam industri.

“Kini Qew Comm aktif dalam bidang penyiaran dan telah menyediakan beberapa program televisyen terutamanya rancangan di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Salah satu kejayaan yang memberi suntikan kepada kami ialah apabila tersenarai dalam Top 5 Drama Komedi Terbaik di Anugerah Skrin 2019,” jelas Pengarah Urusannya, Dato’ Dr. Muhamad Iqbal Mohamad.

Perkhidmatan secara ‘door to door’ yang diterapkan Qew Comm adalah antara keistimewaan syarikat ini dalam memberi ‘input’ yang lebih berkesan kepada pelanggan-pelanggannya. Malah, pendekatan mesra pelanggan Qew Comm yang sentiasa bersedia dalam memberi kerjasama dan maklumat ketika melaksanakan sesuatu projek menjadi asbab mengapa mereka begitu disenangi.

“Selain itu, kami mempunyai barisan tenaga pakar yang berpengalaman mengikut bidang masing-masing untuk memberi idea dan cadangan.

“Qew Comm mempunyai hubungan baik di kalangan badan kerajaan dan juga agensi-agensi swasta yang lain. Ini memberi kelebihan kepada kami untuk berkerjasama dengan pelbagai lapisan pelanggan,” ujarnya lebih lanjut.

Dato’ Dr. Iqbal melihat betapa industri penyiaran kini semakin meluas dan mendapat tempat. Justeru, secara tidak langsung situasi tersebut menjadi cabaran buat dirinya untuk lebih berusaha dan giat terlibat dalam medium digital yang menjadikan Qew Comm tampil berbeza daripada yang lain.

“Misi kami untuk masa hadapan ialah untuk menembusi pasaran luar negara. Dengan kelebihan yang kami miliki, kami yakin dapat memperkenalkan Malaysia di persada antarabangsa,” katanya dengan penuh semangat.

Bukanlah mudah untuk mana-mana usahawan berjaya dalam sekelip mata. Bagi Dato’ Dr. Iqbal sendiri, usaha yang disusuli tekad dan keazaman banyak membentuk peribadi dirinya sebagai individu berdedikasi di dalam perniagaan. Justeru, beliau

“Selain cekal dan tidak berputus asa, saya sering memastikan kegagalan yang dihadapi mampu dipositifkan semula sebagai punca kejayaan dan perlu bersikap jujur dengan sesiapa sahaja.

“Walau apa-apa pun, segala projek atau pelanggan yang diterima adalah bergantung kepada cara membawa diri. Bagi saya, first impession adalah sangat penting sewaktu berdepan kali pertama dengan golongan ini kerana mereka adalah punca rezeki.

“Di mata orang juga, faktor kekemasan dan kebersihan diri adalah perkara utama yang perlu ditonjolkan malah dalam agama Islam sendiri pun, kita diharuskan untuk menitik beratkannya sepanjang masa,” katanya.

-NIAGATIMES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.