Dekorasi tema ‘Once Upon a Christmas Dream’ hiasi Pusat Beli-belah IPC

Pusat Beli-belah IPC dengan bangganya memperkenalkan kempen Krismas tahun ini iaitu ‘Once Upon a Christmas Dream’ yang didedikasikan untuk memberi hadiah bermakna.

Bersandarkan kepada slogan ‘The Lagom Life, It’s Just Right,’ sambutan perayaan pada tahun ini berkonsepkan membawa magik ke dunia nyata, di samping mengingatkan setiap pengunjung bahawa hadiah terbaik boleh datang dalam pelbagai berbagai bentuk.

“Hadiah yang dimaksudkan baik dalam bentuk kenangan yang dekat di hati, pengalaman indah yang dikongsi, atau rasa keriangan yang dinikmati, mahu pun dalam bentuk detik-detik bermakna yang dilalui bersama mereka yang dikasihi,” kata jurucakap Pusat Beli Belah IPC dalam satu kenyataan.

Dari 20 November hingga 4 Januari, IPC berubah menjadi sebuah ruang yang penuh kehangatan dan suasana perayaan, menampilkan pengalaman unik berinspirasikan Scandinavia untuk menghidupkan magik musim ini.

Reka bentuk ruang legar utama (concourse) mengasyikkan para pengunjung dengan suasana Swedish Winter Market yang memikat, lengkap dengan rumah-rumah kayu asli yang estetik, tekstur rustik, serta cahaya hangat yang menyerlahkan pesona Scandinavia.

Tumpuan kepada acara perayaan kali ini adalah Kuda Dala yang ikonik, yang akan mengambil peranan lebih besar sebagai rusa kutub Santa untuk mencipta kemeriahan suasana Krismas yang magikal.

Keindahan suasana ini dihidupkan lagi melalui ketelitian perincian seperti tempat meletak patung Tomte di samping suntikan elemen Nordic yang lain di seluruh ruang legar utama.

Pengunjung juga dijemput untuk menyertai pelbagai aktiviti interaktif, termasuklah mengunjungi pasar-pasar jualan, sudut kraf tangan kreatif, serta mengambil foto di tempat-tempat menarik yang dibina dengan rekaan yang menawan, kesemuanya bagi memeriahkan lagi sambutan Krismas untuk setiap individu mahupun seisi keluarga.

-NIAGATIMES

IPC-Krismas.jpg