DERMOVA ANGKAT KUALITI JENAMA LOKAL SETANDING ANTARABANGSA

Mengutamakan kepentingan penjagaan wajah untuk kulit yang sihat dan cantik secara semula jadi, Dermova amat mementingkan kualiti bahan dalam setiap produk yang dikeluarkan. Kajian dan penyelidikan yang teliti dilakukan demi mendapatkan produk berkualiti tinggi yang sesuai dengan semua jenis kulit. Oleh sebab itu, Dermova telah menjadi jenama penjagaan kulit yang dipercayai ramai kerana berkesan membantu masalah kulit wajah seperti jerawat dan kulit kusam.

Dermova Sdn Bhd adalah syarikat yang mengeluarkan produk penjagaan wajah, kosmetik dan gaya hidup. Ia diasaskan oleh Shazreeyana binti Ahamad Shukri, 36, pada Mei 2019. Lebih 10 tahun yang lalu, dia melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di Volgograd State Medical University, Russia sebelum kembali ke tanah air dan menyambung pengajian di Royal College of Medicine Perak. Kemudian dia nekad berhenti ketika tahun akhir kerana mahu mengejar impiannya untuk mempunyai perniagaan sendiri dalam bidang kecantikan. Dia memulakan langkahnya sebagai seorang blogger dan jurusolek, sebelum menubuhkan Dermova Sdn Bhd.

Langkah Pertama Mengubah Segalanya
Tidak sesekali goyah dengan pandangan orang, Shazreeyana atau lebih dikenali sebagai Kak Love terus mengorak langkah menggapai cita-citanya.

โ€œSaya mula berjinak sebagai jurusolek pada 2010. Banyak teknik dan pengalaman solekan saya dapat daripada penglibatan saya dalam penggambaran untuk majalah, pertunjukan fesyen, pengantin, selain aktif dengan penganjuran kelas mekap di Malaysia, Singapura dan Australia.

โ€œSebelum betul-betul melangkah dalam menghasilkan produk jenama sendiri, saya telah cuba menjadi stokis menjual barangan jenama lain secara dalam talian pada 2016. Kemudian berjaya membuat jualan sehingga RM1.2 juta pada tahun pertama. Banyak ilmu selok-belok bisnes dalam talian saya peroleh, selain cara merekrut team dan mengetuai team besar dan membuat pemasaran perniagaan. Berbekalkan semua itu, saya memberanikan diri untuk keluarkan produk sendiri pada 2019,โ€ jelas Shazreeyana.

Produk Sesuai dengan Semua
Shazreeyana sentiasa berpegang teguh kepada prinsip mahukan yang terbaik buat pengguna jenama Dermova. Setiap bahan dipilih dengan teliti bagi menghasilkan produk wajah yang berkualiti tinggi. Dermova kini mempunyai tiga produk penjagaan kulit dan dua produk kosmetik.

Glow Cleansing Cream, Hydrating Acne Serum, Dream Skin Gel Moisturizer dan Hydrating Skin Tint menjadi produk kebanggan Dermova. Semuanya bebas bahan kimia berbahaya, paraben, sulfat, gluten, toksin, silikon dan wangian, selain mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Lebarkan Sayap Perniagaan
Syarikat ini juga telah membangunkan satu jenama gaya hidup dan kesihatan dibawahnya iaitu Hale Nimbus yang mengeluarkan produk disinfektan bebas alkohol dan mesra pengguna terutamanya mereka yang berkulit sensitif.

Shazreeyana memiliki impian untuk terus melakukan inovasi dan menghasilkan lebih banyak produk di bawah Dermova yang boleh digunakan semua tanpa ragu. Sesuai dengan slogan utama Dermova iaitu โ€˜love your skinโ€™ yang amat menghargai kulit dan kecantikan wajah.

Memperkasakan Wanita Menerusi Bisnes
Shazreeyana sentiasa mahu membantu kaum wanita untuk menjana pendapatan lebih dan mengubah kehidupan dengan produk Dermova. Dia telah mewujudkan sistem ejen di bawah Dermova. Ramai yang sudah berjaya menjana pendapatan lebih bersama syarikatnya, menerusi team Shazreeyana Shukri Millionaire (SS Millionaire).

Dalam tempoh kurang dua tahun, Shazreeyana sudah berjaya menempa nama sebagai pengasas produk kecantikan yang berjaya dan dikenali ramai. Dia bermula dengan hanya 500 unit produk berbekalkan modal yang kecil. Team pada ketika itu hanya 20 orang bersama tiga pekerja. Tahun berganti, stok semakin meningkat dan pekerja yang membantu menaikkan jenama juga semakin ramai. โ€œPada permulaan menyertai sistem ejen di Dermova, kami akan bertanya apakah โ€˜BIG WHYโ€™ mereka untuk sama-sama kami bantu merealisasikan impian mereka.

โ€œAntara kejayaan yang telah mereka capai adalah seperti dapat membeli rumah sendiri, membeli kereta idaman yang selesa untuk keluarga, membantu ibu-bapa dengan memberi duit bulanan yang mencukupi, menjadi penyumbang zakat, memperbanyakkan infak untuk saham akhirat dan membantu golongan yang memerlukan seperti pada musim pandemik Covid-19 sebelum ini.

โ€œSaya berbangga ejen-ejen Dermova dapat berkongsi rezeki hasil pendapatan yang mereka dapat melalui jualan produk Dermova, sekali gus memenuhi niat saya untuk membantu lebih ramai lagi melalui ejen, stokis dan leader di bawahnya. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang mengizinkan Dermova menjadi satu platform yang dapat membantu beribu ejen dan stokis keluar daripada kesusahan hidup serta mendapat financial freedom,โ€ kata Shazreeyana.

Ramai suri rumah juga dapat membantu suami mereka menambah pendapatan sampingan, sekali gus menjadi usahawan berjaya melalui sistem ejen yang diwujudkan ini. Sehingga ada di antara pasangan yang sudah ada kerja tetap, namun mengambil keputusan untuk berhenti kerja untuk bersama-sama memajukan perniagaan mereka sendiri yang pada mulanya hanya untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Bukan setakat itu sahaja, ejen, stokis mahupun leader yang mempunyai pekerjaan tetap serta gaji yang tinggi juga sanggup meninggalkan pekerjaan mereka untuk mendapat kualiti masa yang berharga bersama keluarga dengan menjadikan perniagaan ini sebagai pendapatan utama mereka.

Terus bersedia untuk hadapi hari mendatang dengan sikap optimis, Shazreeyana mahu lebih fokus mengembangkan lagi jenama Dermova agar terus dikenali sehingga ke luar negara, selain membantu lebih ramai wanita mengusahakan perniagaan sendiri. Dalam Islam juga ada menyebut bahawa 9/10 rezeki itu datang daripada perniagaan dan Dermova akan terus membuka peluang dan membantu lebih ramai orang lagi.

-NIAGATIMES

produk Dermova Shazreeyana Shukri

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.