OLEH: CAESAR INDRA
Perniagaan merupakan pintu masuk kepada pengguna, yang keperluannya sentiasa berkembang dalam era pelancongan yang dinamik ini. Rangkaian yang mengikat pelancongan di Asia Tenggara terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Mereka adalah jantung kepada ekonomi rantau ini dan juga kunci kepada memenuhi permintaan pelanggan.
PKS dan PMKS membentuk hampir 99 peratus perusahaan di sini dan menyumbang kepada hampir 85 peratus daripada semua pekerjaan di rantau ini, menyumbang kepada hampir separuh keluaran dalam negara kasar bagi Asia Tenggara. Di Malaysia, terdapat lebih daripada 1.1 juta PMKS yang merangkumi 97.4 peratus jumlah perniagaan.
Memandangkan ia adalah intrinsik kepada kejayaan sektor pelancongan, perniagaan yang menjalani transformasi digital mempunyai lebih potensi untuk menjadi rakan kongsi penting yang memacu perkembangan ekonomi, produktiviti dan kepentingan pengguna.
Kuasa pendigitalan adalah jelas, ruang dalam talian menawarkan peluang yang lebih luas untuk mengembangkan portfolio produk untuk memperibadikan perkhidmatan.
Pendigitalan PKS menimbulkan persaingan yang membantu mengeluarkan yang terbaik oleh perniagaan dari aspek untuk memenangi pelanggan. Dalam jangka masa yang panjang, ini akan membuka jalan kepada ekosistem yang berkembang maju dan bersambung yang boleh kekal teguh dalam menghadapi cabaran.
Oleh itu, industri pelancongan Asia Tenggara harus melakukan lebih lagi bagi menggalakkan perniagaan kecil untuk mendukung pendigitalan untuk berkembang lebih maju yang pada akhirnya akan membawa manfaat kepada industri secara menyeluruh.
Pendigitalan tidak akan berhenti
Bagi kebanyakan perniagaan, pendigitalan bukan satu destinasi. Ia merupakan usaha berterusan yang perlu diambil bagi kelangsungan dan kejayaan pada hari ini. Menerusi transformasi digital, PKS dan PMKS di Asia Tenggara boleh menyumbang kepada pembuatan keputusan dan kerjasama berasaskan data dalam industri pelancongan, pada masa yang sama memperkasakan pertumbuhan mampan.
Rantau ini berada di landasan yang betul. Salah satu perkara yang kekal pasca pandemik adalah peningkatan penggunaan teknologi digital; sesuatu yang memaksa industri pelancongan untuk mempercepatkan penghijrahannya ke dunia dalam talian.
Menurut satu laporan oleh TDCX, sebuah firma global penyedia penyelesaian pengalaman pelanggan digital, PKS di Asia Tenggara telah membelanjakan US$78 juta untuk inisiatif pendigitalan sejak tiga tahun yang lalu.
Setiap perniagaan hari ini mempunyai matlamat yang sama, untuk memberikan lebih dengan cara yang kurang. Ketika itulah inovasi, nadi pertumbuhan, adalah kritikal. Memanfaatkan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), blockchain atau Internet untuk Segalanya (IoT) telah membuka peluang PKS untuk meneroka model perniagaan baru, membangunkan produk dan servis inovatif serta menggoncang pasaran tradisional.
Satu contoh ialah platform pelancongan yang menggunakan AI untuk meningkatkan pengoptimuman kewangan strategik. Menggunakan algoritma, syarikat pelancongan tidak lagi perlu bergantung kepada kaedah tradisional bagi ramalan permintaan dan pengoptimuman harga yang mana mengambil jangka masa lama bagi perniagaan kecil dengan jumlah tenaga kerja yang terhad.
AI juga boleh menganalisa data masa lampau dan nyata, memberikan perniagaan akses kepada trend tempahan yang membentuk permintaan pelancongan. Platform pelancongan yang menggunakan teknologi canggih pada peringkat awal akan mempunyai kelebihan daya saing.
Industri pelancongan mempunyai peluang yang besar, terutamanya di Malaysia yang merupakan rumah kepada lebih 33 juta pengguna internet dan mempunyai penetrasi internet sebanyak 96.8 peratus. Sebagai contoh, destinasi popular seperti Pulau Pinang dan Sarawak telah melancarkan penyelesaian digital seperti projek VR ‘Welcome To Penang’ dan Aplikasi dan Portal Sarawak Travel untuk mempromosikan pelancongan, di samping meningkatkan kecekapan memberi perkhidmatan kepada lebih ramai pengguna.
Malaysia juga telah mengorak langkah dengan pelan hala tuju yang membayangkan 90 peratus PMKS akan mendigitalkan operasi perniagaan mereka menjelang 2025.
Langkah ini akan membantu perusahaan-perusahaan kecil untuk mencapai lebih pelanggan global dan menjana aliran pendapatan baharu. Teras kepada peralihan seismik ini adalah orang ramai, apabila lebih ramai pelancong celik teknologi di rantau ini lebih selesa dan semakin terbuka kepada cara melancong alaf baru.
Merangkul, mengembang dan bertumbuh
Langkah berani oleh PKS memberikan mereka kedudukan yang baik untuk menawarkan khidmat kepada pelanggan dalam dunia baru pelancongan. Perkembangan pesat kelas pertengahan rantau ini, dengan peningkatan kuasa membeli membawa kepada lebih banyak penggunaan.
Pertumbuhan ini juga telah membolehkan perkembangan ekonomi internet Asia Tenggara. Menjelang 2025, ekonomi internet Asia Tenggara dijangka akan meningkat dua kali ganda kepada US$63 billion. Pada masa itu, pendigitalan adalah harus, dan bila bukan jika.
Satu kajian bersama oleh Yahoo dan firma penyelidikan Milieu Insight terhadap 1,000 rakyat Malaysia awal tahun ini menemukan 65 peratus respondan ingin meneroka sebanyak yang mungkin ketika bercuti. Oleh itu, peluang untuk menjadi pilihan hati pelanggan yang mahukan rancangan pelancongan diperibadikan dalam masa beberapa saat tidak boleh dipandang enteng.
Tetapi ini bukan sahaja terhad kepada syarikat pelancongan. Malahan, perusahaan di mana kepuasaan hati pelanggan menjadi keutamaan, menggunakan teknologi seperti AI boleh membantu meningkatkan keterlihatan perusahaan tersebut.
Di ekonomi besar Asia Tenggara, di mana PKS memainkan peranan penting, jangkauan yang diperluas dan dipertingkatkan dengan AI mempunyai potensi untuk meningkat prestasi perusahaan dan membolehkan pemasaran sasaran tinggi – aspek penting apabila industri pelancongan terus pulih.
Pendigitalan kekal penting
Menggalakkan pendigitalan merupakan cara kemajuan tetapi ia hadir dengan pelbagai cabaran. Satu cabaran utama adalah kos awal bagi melaksanakan teknologi digital, termasuklah perisian, perkakasan dan latihan yang mungkin membebankan belanjawan perusahaan kecil.
PKS juga mungkin mempunyai kekurangan pakar dalaman yang diperlukan bagi transformasi digital yang berjaya, menjadikan ia penting untuk menggaji atau melatih pekerja dengan kemahiran digital.
Di sini inisiatif kerajaan boleh menjadi sandaran penting untuk membantu PKS dengan efektif dalam menangani halangan transformasi digital dengan berkesan. Sebagai contoh, kerjasama dengan syarikat besar atau penyedia teknologi boleh menawarkan panduan dan sumber bernilai ketika perkongsian digitalisasi.
Perkongsian ilmu adalah penting bagi PKS dalam navigasi proses kompleks. Pendekatan holistik yang menggabungkan pendidikan, bantuan kewangan, bimbingan dan kolaborasi industri boleh memperkasakan PKS untuk berkembang maju dalam dunia digital sambil mengurangkan cabaran yang dialami. Apabila ini berlaku, industri pelancongan akan berkembang dengan lebih maju.
Peluang pertumbuhan di dunia dalam talian hadir di setiap sudut. Namun PKS harus mengambil langkah pertama untuk berkembang ke peringkat seterusnya. Hanya apabila mereka boleh meningkatkan tawaran dan perkhidmatan yang ditawarkan ia boleh memacu industri pelancongan ke peringkat lebih tinggi ketika kita kembali menyambut kepulangan dunia pelancongan.
-NIAGATIMES
** Caesar Indra merupakan Presiden bagi Traveloka
(Kenyataan ini adalah adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi NiagaTimes mahupun niagatimes.com)