Kesulitan usahawan Bumiputera yang dilihat cukup bergelut dalam bidang peruncitan dan pengedaran sewaktu menguruskan perniagaan masing-masing mahu segera diatasi oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dengan usaha menubuhkan sebuah pasukan khas bagi membantu mereka.
Presiden DPMM, Datuk Seri Syed Hussein Al Habshee berkata, pasukan khas yang ditubuhkan tersebut akan bertindak menganalisa dan membimbing usahawan Bumiputera terbabit lebih-lebih lagi pengusaha yang terlibat dalam industri penyedia makanan seperti hotel, restoran, gerai makanan dan katering.
โOrang fikir hal ini remeh tetapi perlu diingat jumlah keseluruhan kepenggunaan di negara ini kira-kira RM160 bilion mewakili 80 peratus daripadanya pengguna Melayu yang menyumbangkan pembangunan ekonomi negara. Namun sebahagian besar peruncitan dan pengedaran ini tidak dikawal Melayu.
โJika kita tengok kempen โBuy Muslim Firstโ hanya menggalakkan pengguna membeli daripada kedai peruncitan sedangkan industri penyedia perkhidmatan makanan seperti hotel, restoran, gerai makanan dan katering adalah pengguna yang lebih tinggi,โ katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di ibu pejabat DPMM Kuala Lumpur, baru-baru ini.