Dutch Lady tampil berwajah baharu

Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady) komited untuk terus berinovasi dan menawarkan lebih variasi pada produk-produk keluarannya dengan kini memperbaharui rangkaian produk susu cecair dan susu tepung keluarga melalui pembungkusan baharu dan resipi yang lebih baik.

Dutch Lady dalam satu kenyataan berkata, pembaharuan kali ini merangkumi resipi yang ditambah baik dan dilengkapi nutrien seperti protein untuk pertumbuhan badan dan otot, kalsium untuk perkembangan tulang dan vitamin-vitamin seperti Vitamin A, B2 dan D3 yang amat penting untuk badan kekal sihat dan daya tahan yang tinggi.

“Resipi yang lebih baik ini juga memenuhi kriteria-kriteria logo Pilihan Kesihatan Rakyat Malaysia bagi kategori susu, mengukuhkan lagi komitmen berterusan Dutch Lady untuk terus menambah baik produk-produk melalui inovasi, selaras dengan usaha kerajaan Malaysia untuk menangani penyakit tidak berjangkit di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Dutch Lady, Tarang Gupta berkata, pihaknya cukup teruja untuk berkongsi wajah baharu dan resipi yang lebih baik di Malaysia.

“Selari dengan warisan 140 tahun tenusu Belanda, ianya merupakan misi kami untuk terus membekal pengguna dengan susu berkualiti tinggi penuh dengan nutrisi tenusu yang baik demi Malaysia sihat dan berdaya tahan tinggi terutamanya dalam waktu yang getir seperti sekarang,” ujarnya.

-NIAGATIMES

DL-Group-pack-shot.png

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.