EDB Singapura tetapkan lima tumpuan utama ekonomi

Lembaga Kemajuan Ekonomi Singapura (EDB) menetapkan lima tumpuan utama ekonomi bagi menarik pelaburan ke Singapura setelah negara republik berkenaan menepati sasaran jumlah pelaburan yang melebihi perolehan pada tahun lalu.

Pengarah Urusannya, Chng Kai Fong berkata, syarikat-syarikat luar akan memanfaatkan platform di Singapura untuk menembusi pasaran berkembang ke ASEAN berdasarkan kelebihan syarikat-syarikat elektronik negara tersebut yang berupaya menjadi pusat digital serantau.

“Bagi tumpuan utama pertama, EDB melihat peluang Singapura menjadi wadah bagi ASEAN untuk membolehkan syarikat sejagat dan serantau menjalankan perniagaan.

“Kedua, mengukuhkan daya saing Singapura dengan menarik pengilang utama bagi melabur syarikat perkilangan lanjut, menjadi wadah serantau bagi syarikat berpangkalan Singapura mengeksport teknologi dan perkhidmatan serta menyokong syarikat melaksanakan Industri 4.0.

“Ketiga pula, menjadi pusat digital bagi syarikat bukan perkilangan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambah Kai Fong, tumpuan utama keempat ialah menghubungkan syarikat dengan institusi pendidikan tinggi bagi membentuk makmal korporat.

“Tumpuan utama terakhir, menembusi bidang pertumbuhan baharu seperti mobiliti,” jelasnya.

Singapura.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.