Edgepoint lengkapkan Sunway dengan infrastruktur generasi baharu, sedia untuk 5G

Syarikat telekomunikasi dan infrastruktur yang berpusat di ASEAN, EdgePoint Infrastructure (Edgepoint) melalui EdgePoint Towers Sdn Bhd kini telah bekerjasama dengan Sunway Group untuk menaik taraf infrastruktur telekomunikasi di Sunway City Kuala Lumpur.

Projek naik taraf ini akan melibatkan Sunway Pyramid, pusat membeli-belah bertema terbesar di Malaysia, Sunway Pyramid Convention Centre dan juga Sunway Medical Centre yang merupakan hospital swasta terbesar di Malaysia.

EdgePoint akan memasang sistem neutral hosted In-building Coverage (IBC) yang telah diperbaharui di pusat membeli-belah dan juga di pusat konvensyen.

Sistem liputan generasi baharu ini menyokong teknologi 5G akan membolehkan liputan rangkaian mudah-alih yang lancar dan sekata di seluruh pusat membeli-belah sejajar dengan sasaran Sunway Group untuk menyediakan sambungan yang lancar untuk memenuhi keperluan pengunjung tahunan telah mencecah sebanyak 42 juta orang.

Perjanjian ini juga akan menyaksikan sistem IBC dipasang di lokasi-lokasi komersial milik Sunway yang lain.

Ketua Pegawai Eksekutif EdgePoint Towers Sdn Bhd, Muniff Kamaruddin berkata, EdgePoint mempunyai kesediaan operasi dan keupayaan kewangan untuk melancarkan sistem IBC neutral yang serasi dengan semua Operator Rangkaian Mudah Alih, sejajar dengan keperluan Sunway Group.

โ€œKejayaan projek ini, dengan usaha sama salah satu konglomerat terkemuka di Asia Tenggara akan mengukuhkan lagi kedudukan EdgePoint sebagai rakan kongsi infrastruktur generasi akan datang,โ€ katanya.

Pemasangan sistem IBC dan penggunaan teknologi rangkaian 5G adalah berdasarkan transformasi digital Sunway Group, yang bermula sejak tahun 2000. Cabang digital Sunway Group kini mempercepatkan penggunaan digital di seluruh perniagaan konglomerat dan menyepadukan lagi teknologi ke dalam Sunway City Kuala Lumpur, bandar hijau bersepadu pertama di Malaysia.

Selain dari menjadi sebuah bandar lestari pintar, Sunway City Kuala Lumpur juga mempromosikan model โ€˜Bandar 15 minitโ€™ dimana penduduk boleh mengemudi dengan mudah untuk mencapai servis-servis penting dan juga premis-premis perniagaan dalam masa 15 minit dengan berjalan kaki atau berbasikal.

-NIAGATIMES

edgepoint-sunway.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.